...action speaks louder than words..what say you?...All these words here are just my personal opinion and point of view... (Mohamad Hanan Ahmad, 2012)
Tuesday, 23 October 2012
Post 6: Pengetua Cemerlang yang tidak cemerlang....
entry ini dibuat sememangnya dari emosi dan perasaan tak puas hati yang sangat membara skang ni......
Pengetua Cemerlang (PC) adalah satu jawatan yang sangat diidamkan oleh sesetengah para pendidik yg berjiwa kental, kompeten dari segala aspek pengurusan dan sumber manusia serta yang menjadikan pembentukan modal insan berkualiti adalah objektif utamanya... malangnya, ada juga pendidik yang memiliki kriteria tadi mempunyai ciri-ciri negatif tambahan, tak perlu nak sebut sini...kat bawah nanti ada.... ini menyebabkan, jawatan ini semakin dipandang hina dan jijik.... sepatutnya mereka yg ada ciri-ciri negatif ni ditarik balik gelaran cemerlang tu sebab merosakkan identiti "Pengetua Cemerlang"
ini adalah kesimpulan dari kajian kes secara pemerhatian di sebuah sekolah menengah daerah Temerloh (tak payah sebut sekolah apa) yang mana Pengetua Cemerlang nya adalah seekor Jantan.... mungkin terdapat unsur2 bias...well... what the hell.....
didapati, pengetua cemerlang di sekolah ini tidak cemerlang mana kerana:
1) Menggunakan guru perempuan yg sudah berkahwin bertugas di luar hari kerja (bertugas semasa cuti)
Ulasan: sepatutnya sebagai PC kena dapatkan kebenaran suami pada guru2 perempuan ni tadi untuk diberi kebenaran dari si suami bertugas di hari cuti. cikgu bujang perempuan kan ramai tak kahwin yang tak perlu ada kebenaran pun... bagi je la diorang bertugas masa cuti.... Apa masalahnya? masalahnya kalau PC lelaki akan mudah cair dengan pujukan dan lentokan cikgu2 bujang ni tadi... kalau ada PC lembut mcmni la... memang tak layak langsung la jadi PC....bias gender ni sepatutnya dihapuskan!!!
2) Meluluskan Cuti Rehat Khas (CRK) pada cikgu2 yang mengampu dan kuat membodek..istilah skang di panggil Kroni/barua Pengetua.
Ulasan: kalau barua nak CRK senang je lulus, yang bukan barua ni, macam2 hujah diberi..CRK hak pengetua bukan cikgu la, xbleh amik CRK sesuka hati la, siang kat cikgu yang masuk relief la dan bagai2 lagi hujah... tapi kalau barua, CRK 2 hari sekaligus, xde byk tanya lulus terus.. dah la lulus dua hari cuti, ada yg buat dua kali setahun pun lulus jugak.... alasan rumah tangga la, nak beli rumah kat Ipoh la (kalau barua tu kampungnya kat Ipoh)....Sepatutnya sebagai PC kena adil pada semua guru... kalau masih mengamalkan kronisme atas alasan cikgu ni bagus buat keje, sangat tak patut la.... sebagai PC, dia kena jadikan semua guru bagus bekerja, bukan hanya segelintir dijadikan anak emas... tambah plak anak emas tu cikgu baru bercerai (janda)... anak emas ke atau nak dijadikan bini emas.... haih, buat malu je.
3) Bias dalam tindakan memberi amaran
Ulasan: kalau kroni report cikgu tu tak btol cikgu ni tak betul... terus bagi warning... takde nak siasat pun... contohnya kalau ada kroni/barua/gundik emas pengetua ni pakai ketat/menjolok mata kat sekolah, ada la cikgu tegur kroni ni td.... si barua ni pun merepot la kat pengetua sebab kena tegur pakai ketat.... sepatutnya sebagai pengetua muslim, ko tu tegurla cikgu yg pakai ketat tu tadi, bukan pegi panggil cikgu yg tegur barua ko tadi pasti saound pasal kerja plak. dah pakai ketat menimbulkan aurat tu pun dah tak betul...warning org yg menegur tu tadi lagi la tak betulnya...bangang ke apa buat keje mcm tu.....
4) Mencampuri urusan pribadi guru yg ada masalah rumahtangga...
Ulasan: sebagai boss, kerja is kerja..hal peribadi lepas abis kerja.... kalau rasa simpati, buat la cara berhemah. bagi sokongan atau nasihat yg membina... bukan bg chance barua keluar sekolah sesuka hati dengan alasan nak selesaikan hal rumah tangga.... kalau boleh baiki rumah tangga kawan tu takpe, ini lagi hancur ada la. contohnya, ada la barua yg citer masalah rumahtangga... PC ni pun kesian, simpati dlam masa yg sama bukan nak bagi nasihat positif... tapi lagi menjahanam ada.... agaknya dia fikir, kalau dah bercerai nanti lg senang nak peras barua ni kerja... dia x payah nak mintak izin suami dah....silap2 hb bleh jadi bini no.2 plak nanti.... Puih!!! pegi mampos la ko...
buat masa ni.... 4 variable ni je la yg dikaji.... mungkin ada kajian lain lepas ni.... kesimpulannya, 4 ciri ni pun dah cukup menggambarkan betapa tidak profesional nya seorang PC ni. sungguh memalukan... baik dilucutkan sahaja title "cemerlang" tu tadi.... sebagai penjawat awam yang diiktiraf kecemerlangannya.... sikap dan tindakan perlu wajar dan selaras dengan kehendak agama...bukan menggunakan perintah am dan pekeliling semata-mata untuk memuaskan nafsu mengejar pangkat dan dunia... dan janda orang... pada aku, pengetua jenis mcm ni elok dikategorikan sebagai "penyetua".... sembelih kasi mampos je lagi baik dari merosakkan title "Pengetua Cemerlang" yang sangat berprestij ..... adios...
Saturday, 7 July 2012
Post 5:.........after a while
It's been a very long period of time since i post something here.... a lots of thing happened this past a few month... and its really give me something meaningful bout how life can be so much significant if doing something extreme... and now i'm live with it..... i thing for sure right now, i am really miss my sons... Mohamad Irfan Hazeeq, Mohamad Imran Haykal and Mohamad Irsyad Helmi... forgive me my sons because i couldn't do anything within my ability to give you all as much love as a Father can give to their sons because of some obstacles and threat and the concrete reason is because your mother make this situation really complicated... but know this... i always pray..always ...always pray for your safety, happiness and someday i wish both of you can be a better person than me....... always pray that you all don't have the ugliest behavior like your mother's side family ugly attitude that can for sure ruined your life and hated by others (shamed on them...May Allah give them Hidayah and the pathway to realize their fault and mistake before they died).
.... Oh Allah... please help my helpless child... only You can give them the way to find the Ultimate Truth and only You ya Allah can save them and make them as a soleh child..... Amin
Really miss you all............ :(
.... Oh Allah... please help my helpless child... only You can give them the way to find the Ultimate Truth and only You ya Allah can save them and make them as a soleh child..... Amin
Really miss you all............ :(
Sunday, 1 April 2012
Post 4: Kecacatan Matapelajaran Vokasional – Hiasan Dalaman Asas, berdasarkan Prinsip Pendidikan Vokasional Melvin D. Miller (Part 1)
Model Susun atur perabut pelajar MPVHDA SMJ 2011 |
Dah lama aku nak tulis benda ni, tapi takde kesempatan...Walaupun dah nak berkubur dah subjek ni, aku nak tulis jugak isi hati aku yang terbuku lama dah ni.... Ini adalah pandangan peribadi aku sebagai seorang guru Mata Pelajaran Vokasional (MPV) Hiasan Dalaman Asas (HDA) selama 7 tahun dan telah mengajar di 2 buah sekolah yang berbeza dari segi pentadbiran, persekitaran dan kemudahan logistik dan material... di ulang, THIS IS ONLY MY PERSONAL POINT OF VIEW...ok!
Sebelum aku merepek dengan lebih lanjut, a little bit intro bout this subject, MPV Hiasan Dalaman Asas mula diperkenalkan di sekolah2 harian akademik bermula tahun 2004 secara berperingkat hingga ke tahun 2010. Guru2 yang diberi latihan secara spesifik untuk subjek ni hanya 2 batch KPLI di Maktab Perguruan Teknik (2003 dan 2004) lepas tu terus takdak...dan kebanyakan mereka tiada asas langsung mengenai Interior Design or Interior Architecture or Interior Decor itself sebelum masuk KPLI ni...berapa ketul je yang ada basic dan yang pernah involve dalam bidang ni sebelum tu, termasuk la aku...
Ada 13 Modul yang terkandung dalam subjek ini yang perlu dikuasai pelajar dari kemahiran memasang dan membina kemasan lantai, dinding, siling, aksesori dekorasi dan keusahawanan. Ok... faham dah? Secara general ye.. detail about this subject i will post it later if i have time...
Baik.. dalam melaksanakan pendidikan vokasional (PV)dimana jua dalam dunia yang fana ni ada prinsip... prinsip yang menjadi panduan dalam pelaksanaan PV antaranya yang diilhamkan oleh Melvin D. Miller, melalui hasil tulisannya, PRINCIPLES AND PHILOSOPHY FOR VOCATIONAL EDUCATION (1984), bleh download buku dia kat sini:- http://www.eric.ed.gov/ERICWebPortal/search/detailmini.jsp?_nfpb=true&_&ERICExtSearch_SearchValue_0=ED250497&ERICExtSearch_SearchType_0=no&accno=ED250497
(DAH DOWNLOAD... BACA DAN PAHAM..BUKAN BUAT KOLEKSI PDF DALAM LAPTOP PLAK..)
Menurut Miller (1984), ada 3 prinsip dalam PV
1. Prinsip dan Manusia
2. Prinsip dan Program
3. Prinsip dan Proses
Aku taknak bincang pasal prinsip2 ni... Tuan2 dan Puan2 boleh baca sendiri kalau rajin... apa yang aku nak tulis ni macam tajuk post kat atas tu... DEFECT or what is wrong? U dig...what is wrong base on those principles....
1. PRINSIP DAN MANUSIA
1.1 Bimbingan dan kaunseling kerjaya
Hmmm... Miller (1984) menyatakan, bimbingan vokasional merangkumi semua peringkat yang memberi petunjuk kepada keberkesanan vokasional. Perancangan sempurna meliputi peluang mendapatkan pengalaman pekerjaan, MEMBUAT PILIHAN VOKASIONAL, menyedia pilihan kerja, pengambilan guna tenaga kerja mengikut bidang, membuat pelarasan semula mengikut bidang dan BERSEDIA UNTUK PERUBAHAN DAN KEMAJUAN. O’Doherty & Chamberlain (1969) said, KAUNSELOR memainkan peranan penting atas prinsip kaunselor seorang pendidik dengan latihan yang special dimana peranannya boleh dilihat melalui perubahan budaya dan lebih memahami maksud pendidikan... so, what happened in Sekolah Menengah Harian yang menawarkan MPV? Guru MPV tu la kaunselornya..kaunselor sedia ada? Takleh harap.... tak membantu langsung malah tak de inisiatif langsung nak cari info pasal PV dan future career pasal PV ni... contoh mudah, patutnya awal sesi persekolahan, sepatutnya pelajar ting. 4 diberi taklimat berkenaan subjek dan aliran, dan kaunselor yang sepatutnya organize program orientasi pelajar Form 4 ni...pelajar diberi kebebasan memilih aliran mana berdasarkan minat dan kebolehan...bukan ikut kawan... tapi ada sekolah yang BENGAP (tak tau la samada pentadbir atau kaunselor yang bengap..TERMASUK LA PENYELARAS TING. 4 pun bengap sama..) siap sudah bagi pelajar ikut kelas..what the hell?? Akibatnya...budak2 masuk MPV semuanya yang all “E”ngland tak pun All “F”inland... bila guru MPV ni berkeras minta buat taklimat, baru la terkocoh2 nak buat dan akhirnya, kena redha la dengan pelajar yang ada... dan bertambah la beban guru MPV ni tadi untuk membina “minat” pelajar2 yang kategori kalau tahap SRP ni, mampos takleh naik tingkatan 4. Prosser state that Vocational Education will be effective if can only given to the selected group of individuals who NEED IT, WANT IT and are ABLE to profit by it(Prosser, as cited in Camp & Hillison, 1984) so, what is wrong here? .. jawapan aku senang... KAUNSELOR TAK FAHAM PV, PENTADBIR PUN SAMA BENGAP TAK FAHAM PV NI JUGAK!
1.2 Pembelajaran Seumur Hidup
Dah kaunselor tak berfungsi nak pembelajaran seumur hidup kejadah apanye... Guru MPV jugak la yang terpaksa tanya kawan2 sealiran mana la budak2 dia nak sambung blaja atau pegi mana kursus2 kemahiran supaya kemahiran yang diperolehi tidak terkubur begitu sahaja malah boleh digilap di pusat2 kemahiran yang lain. Guru MPV jugakla yang bagi motivasi pada pelajar2 untuk sambung belajar memantapkan dan mengasah kemahirang ke peringkat yang lebih tinggi...Realitinya, aku sedih bila melihat bekas2 pelajar MPV yang dapat result cemerlang subjek MPV tak dapat/tak nak sambung belajar, mungkin ada banyak sebab tersendiri, tapi perkara ni bukan perkara kecil. Bahkan ada kajian yang sedang berjalan bagi mengenalpasti mana bekas2 pelajar ni bekerja/belajar sekarang... kalau bekas pelajar ni bekerja/belajar lain daripada bidang MPV di sekolah, kenapa bleh jadi macam tu? Apa sebabnya?What is wrong here? jawapan aku senang, PELAJAR NI TAK DAPAT INFO YANG SEPATUTNYA MENGENAI CAREER DEVELOPMENT IN VOCATIONAL EDUCATION....
1.3 Keperluan Komuniti ditunjukkan melalui program
pendidikan vokasional
MPV Hiasan dalaman asas sesuai dibuka di kawasan penempatan besar (taraf Majlis Perbandaran/ Majlis Bandaran/ Dewan Bandaraya) dimana masyarakat setempat tidak asing dengan istilah kerjaya perekabentuk dalaman/juruhias dalaman/kontraktor hiasan dalaman... bukan dekat tempat yang dikategorikan luar bandar atau hulu atau taraf Majlis Daerah... bukan nak menghina... tapi prinsipnya macam tu. Bila buka ditempat yang tak sesuai, banyak masalah yang antaranya ibu bapa pelajar tak tau ape benda pun hiasan dalaman ni... sepatutnya ada taklimat kepada ibu bapa berkenaan subjek ni, tapi ada setengah sekolah luar bandar yang tawarkan subjek ni tak buat pun taklimat ni sebab pada mereka perkara taklimat ni tak penting pun dan membazir je.. ye la, kalau dah panggil parent kena la kluar duit makan minum sket..takkan parent datang kosong je...kedekut sangat nak keluar duit PIBG.. tapi keluar duit beli pasu mahal bleh plak... kalau ada yang buat pun, yang separuh mati panggil parent takde orang lain dah... guru MPV jugak... so what is wrong here? Jawapan aku... silapnya dari awal, pihak yang ada power untuk buka subjek ni tak buat kajian langsung pasal kehendak komuniti setempat... balanya bila buka, sekolah yang menanggung azab cari bahan untuk latihan amali adalah Guru MPV. So, salahnya tak lain dan tak bukan jatuh pada PENGETUA yang gatal sangat nak buka MPV tapi tak tau pun MPV tu benda apa....
1.4 Terbuka untuk semua
Pendidikan Vokasional menyediakan peluang kepada semua individu untuk mendapatkan latihan vokasional dan latihan semula yang bersesuaian dengan keperluan, minat dan kebolehan mereka (Miller, 1984). Dalam konteks PV melalui MPV plak, yang pentadbir sekolah faham... semua pelajar kategori hujung nyawa dan drop-out adalah selayaknya masuk kelas MPV... dah VOKASIONAL tu budak yang tak reti baca ngan mengira la.. hello..!! apa ni? Takkan la nak kira jubin lantai budak2 ni kena susun jubin satu2 sampai penuh bilik baru tau jumlahnya... gila la kalau macam tu...ada cara kira dan cara kerjanya. Dah kalau tak bleh mengira, kejadah apa masuk MPV HDA. Hiasan dalaman kena tau tafsir pelan...kalau tak tau baca, mcmana nak buat ayat spesifikasi bahan. Tu belum suh lukis pelan lantai... adoi, sakit jiwa tengok. Sebab tu la kena saring pelajar yang masuk MPV HDA ni. Kalau bengap sangat tapi tak minat, tak boleh jugak. Kalau bengap dan minat, insya Allah boleh berubah dan senang nak polish...What is wrong here? ...Pentadbir khususnya kena faham prinsip pendidikan vokasional dan stigma vokasional untuk kelas hujung perlu dikikis... bukan untuk kelas hujung, tapi untuk yang berminat..BERMINAT! Kelas hujung tapi minat, that is most welcome... Macamana nak tau berminat ke tak? Ape bodoh punya soalan, banyakkan program pendedahan berkenaan vokasional di sekolah...bukan asyik buat jamuan makan ngan ceramah bina insan je. Senarionya, ceramah selalu buat, tapi budak jahanam jugak... mana silapnya? Yang ni aku taknak jawab..takde kaitan ngan post ni.
1.5 Pekerjaan Masa depan tanggungjawab PV
Menyediakan pelajar untuk pekerjaan adalah tujuan utama PV. Membantu merancang penempatan pekerjaan kepada pelajar.... aaaa... kalau menyambung pelajaran memang ada prospek. Pelajar ada hala tuju yang jelas kalau guru MPV bagitau apa tujuan dan objektif subjek. Masalahnya, kalau dah bagi yang lemah sangat akademik pun susah juga. Dah la akademik lemah, sahsiah pun teruk, memang betul2 cabaran. What’s wrong? Persekitaran akademik yang tak vocational-friendly especially bagi subject academic yang lain mencacatkan prinsip ni. Fenomena yang berlaku di sekolah menengah harian biasa, pencapaian akademik sangat diutamakan especially pelaja2 kelas pandai. Macam2 strategi untuk menjana keputusan cemerlang di laksanakan di kelas ni. Kelas MPV? Strategi setakat lulus je...ala, budak2 ni takde masa depan dah.... sedih sungguh....
1.6 Bias terhadap jantina dihapuskan
Agak menyedihkan bila ada kelas HDA yang taknak ambil pelajar perempuan. Memang subjek ni agak berat untuk pelajar perempuan, tapi ada yang berminat... bukan sebab minat pada cikgunya, tapi sebab ada antara mereka yang nampak prospek HDA ni. Walaupun dalam malaysia ni Interior Designer famous ramai lelaki, tapi cikgu HDA ramai perempuan.. hehe. Cuma alasan pelajar perempuan tak leh bawak subjek ni agak tidak konkrit. Banyak andaian berkenaan bias gender ni, tapi memang berlaku dalam HDA. Whats wrong with this? Guru MPV kena hayati prinsip2 pendidikan vokasional. Kalau tak, pegi la ngajar subjek lain...senang cerita kan....jangan diskriminasi pelajar perempuan atau yang terlebih hormon perempuan.
1.7 Keperluan Pendidikan Khas dalam PV
Untuk prinsip ni, pelajar keperluan khas yang sesuai mengambil subjek ni adalah dari kalangan slow-learner, pekak dan bisu. Yang OKU lain, memang tak sesuai. Tapi masalahnya...dalam modul, takde cerita pun pasal macamana nak handle slow-learner or OKU yang sesuai ambil subjek ni sebab memang takde guru2 MPV yang diberi latihan yang spesifik untuk deal ngan OKU. What’s wrong? Memang MPV HDA tak berpegang pada prinsip Pendidikan Vokasional.. my POV, penggubal subjek ni tidak menghayati sepenuhnya prinsip ni. Habis tu, macamana diorang bleh gubal dan design subjek ni? Entah la bro.... diorang belajar tak abis kot... yang sakit jiwanya, guru MPV la kalau dapat golongan ni masuk dalam kelas, biasanya slow learner. Pekak ngan bisu tak penah dengar lagi ada dalam kelas MPV HDA, yang buat2 pekak ramaila....kena sabar banyak..sabar ye sabar..sabar itu separuh dari iman.....tak sabar kalu, jadi blogger..tak susah...nak susah lagi, pi sambung buat Master fulltime...
1.8 Organisasi Pelajar
Peringkat lebih tinggi perlu ada ni, tujuaannya melatih pelajar dalam aspek pengurusan organisasi dan secara langsung mengasah bakat kepimpinan. Peringkat sekolah plak, bagi peluang la jadi pengawas ke apa ke... tak dinafikan dalam kelas MPV memang ada organisasi macam kelas biasa. Tapi, semuanya kena push macam tukul ngan pahat,sekali ketuk, sekali jalan dan untuk komuniti MPV yang kecil, kegiatan organisasi tertumpu kepada aktiviti kurikulum sahaja. Seharusnya pelajar MPV digalakkan untuk aktif dalam kegiatan ko-kurikulum dan badan kepimpinan pelajar seperti pengawas contohnya. Memang ada pelajar yang terserlah bakat kepimpinan bila diorg join pengawas, persatuan, unit uniform dan sukan. Dan galakkan ini seharusnya konsisten. Memang terbukti, kebanyakan pelajar yang aktif ko-kurikulum tidak cemerlang sangat dalam akademik. Bukan sebab mereka bengap tapi sebab faktor kelemahan mereka sendiri, iaitu malas belajar subjek akademik. So, what’s wrong? Perspektif guru hanya pada kurikulum dan pentaksiran MPV yang jumud sahaja. Takde perkembangan luaran yang lebih positif untuk menggilap bakat kepimpinan pelajar. Apa masalahnya kalau wujudkan persatuan atau kelab MPV contahnya kelab Dekorasi Dalaman ke Kelab Dekor2 Bersama Cikgu Ramli ke... it’s all about creativity. Ini tidak, duduk la dalam kelompok MPV tu..dah la bengkel jauh, jadi macam kera sumbang pun ye jugak.
1.9 Tenaga Pengajar Pendidikan Vokasional yang
Profesional dan Berkompetensi Teknikal
Sepatutnya guru2 MPV diberi kursus peningkatan sebab.... tak semua pernah ada pengalaman dalam bidang ni. Cuba tanya konsep interior design, sebagai contoh, apa dia Victorian style? Art Nouveau? Art Deco? Post-Modernism?GothicStyle? Deconstructivsm? dan bagai2 lagi ...confirm ada yang kantoi... semua main refer majalah Anjung Seri, Impiana dan macam2 majalah lagi kat pasaran. Tu baru cerita konsep, belum masuk bab falsafah ke aliran ke prinsip dalam ID ni. Lain2 kemahiran teknikal? Hmmm rujuk modul pembelajaran je la... buat apa nak kusut kepala...so, adakah tenaga pengajar ini profesional dan berkompetensi Teknikal? NOT 100% of them are competent.. jangan marah eh... tu belum cerita pasal kendalian alat dan mesin, prosedur kerja betul pemasangan dan pembinaan... ada yang main hentam je, asalkan jadi, sudah la.... pergh... What’s wrong? Takde pendedahan dari pihak yang sepatutnya bagi pendedahan dan latihan peningkatan pada guru2 MPV ni...so, the idea stuck kat situ je. Terpaksa la diorang study sendiri kalau mana yang rajin study... memang bagus kalau buat sesuatu perkara berulang2 dan menjadikan kita pakar dalam perkara tu, tapi kalau buat benda yang sama 7 ke 8 tahun ke 10 tahun ke tanpa pembaharuan dan pemurnian...boring wooo... benda plak dah outdated... buat kena kutuk je...Guru adalah pelaksana terpenting di peringkat sekolah. Guru yang baik bukan sahaja menjadi guru yang berkesan tetapi membina kompetensi, menguasai teknik dan memiliki pengetahuan sebenar (Christopher, 1999)
1.10 Etika Kerja Positif Melalui Pendidikan Vokasional
Antara objektif MPV HDA generally melahirkan pelajar yang ada employability skill. Amat mencabar sebenarnya untuk membentuk skill ni kepada pelajar2 yang berada di kelas MPV bukan sebab minat. Dan untuk memupuk minat, kebijaksanaan sangat diperlukan dalam mengendalikan pelajar2 ni... dan kebijaksanaan ini juga tidak di ambil peduli oleh pihak lain, terutama pentadbir. Guru MPV sangat terkenal dengan etika kerja yang positif sampai tahap, pelajar yang berpenyakit ponteng sekolah, suka datang sekolah pada hari yang ada MPV, kalau betul cara tuning pelajar ni. Tapi, cikgu Matematik yang 2 kali dapat APC gagal nak buat macamni... hari yang ada matematik, kelas MPV terang je terutama kalau dekat2 dengan Trial SPM. Selain pada tu, antara keunikan guru MPV, boleh mengawal pelajar2nya yang ada diantaranya dikategorikan oleh guru2 lain sebagai GANAS,BUAS, LIAR dan apa2 perkataan yang sewaktu dengannya. Masuk bengkel MPV, tau je nak disiplinkan diri. Kelas subjek lain? Entahla...macam2 cerita dengar. What’s wrong? In MPV class, takde masalah dalam melahirkan etika kerja positif sebab memang kritikal elemen benda ni, dan memang di ajar dalam kelas. Tapi pembudayaan etika ini tidak 100% dihayati pelajar bila abis masa MPV sebab..... Deme Pikirla sendiri.... koi maleh dah nak taip nih.....
(bersambung di post yang akan datang...)
References:
Camp, W.G. & Hillison, J.H. (1984). Prosser’s sixteen theorems: Time for reconsideration. Journal of Vocational and Technical Education, 1(1), pg 13-20.
Day, C. (1999). Developing Teachers: The Challengers of Lifelong Learning. Hong Kong: Graphicraft Limited.
Miller, M.D. (1984). Principles and A Philosophy for Vocational Education. The National Center for Research In Vovational Education, Special Publication Series No. 48
O’Doherty, P.E., & Chamberlain, J. (1969). Vocational Guidance. Emerald Journal Article, Volume: 11 Issue: 11
1st Batch SPM 2006 |
Batch SPM 2011.. will be my last group of students..? time will tell... |
Monday, 27 February 2012
Post 3: Hobi yang di rindui... membela arnab...
Mix Lionhead and Hotut |
Dalam banyak2 hobi yang pernah aku teroka dan cuba, hobi membela arnab la yang paling aku suka sgt. Dah lama tinggal hobi ni sejak arnab last mati kena langgar.. kalau tak silap disember 2010. Lepas tu aku fedup trus nak bela arnab…mungkin sebab frust tapi sebab utamanya tahun 2011 aku sibuk dengan kerja..(target nak dapat APC la kononnya ni…tapi cam biasa..takde rejeki) .. Apa yang menariknya bela arnab ni? Yang pastinya dapat menghilangkan tekanan dan rasa seronok tgk arnab2 tu lari kesana kemari dalam reban yang aku ngan adik ipar aku buat (thanks Onie)..adik aku, abg de…tolong tgk je… kira tima kasih jugak la tu walaupun tolong tgk je… mcmana aku leh bela arnab ni… kalu tak silap masa tu cuti sekolah tahun 2009.. aku balik ipoh tgk ada arnab putih mata merah… pak mertua aku bela untuk cucunya.. mcm seronok je tgk arnab tu kan… comel je… aku plak mmg suka sangat dengan binatang berbulu ni, tapi takleh bela kucing kat rumah sebab bini aku tak suka kucing (haih…) tapi ngan arnab ok… jadi, lepas bincang laki bini, aku tengok anak aku pun seronok tengok arnab ni…aku pun survey la sekitar ipoh… jumpa la kedai pet shop yang ada jual arnab… beli la 2 ekor baka arnab biasa (sekor warna coklat – Nama Jack, sekor warna hitam putih – nama Kudud)… sebab apa nama kudud..sebab mula2 aku beli kecik je mcm tak cukup zat…. Bawa balik ke temerloh dari Ipoh tu…. Masa tu aku duk ngan mak aku lagi..jadinya arnab2 tu bermastautin kat rumah mak aku la… walaupun penat balik skolah sebab jauh..tp bila tgk arnab2 tu…rasa ilang penat… kudud tak jinak sgt…Jack jinak..kudud kalu lepas dari sangkar siap la puas kena kejar kalau nak tangkap semula…. Dari kecik umur dalam 2 bulan arnab tu makin besar….sekali ntah macamana selepas beberapa siri hujan lebat..arnab dua ekor tu mati tetiba… aduyaaii.. sakit jiwa menengoknya… aku pun post-morterm pasal apa arnab aku mati… selidik punya selidik rupanya mungkin mati sebab sejuk… sebab kandang kecik je … tu pun yang arwah Abah beli dulu zaman bila ntah…
Kudud RIP |
Jack RIP |
Masa ni tak give up lg bela arnab…. Aku pun pegila pet-shop kat temerloh survey kalau ada arnab..rupanya memang ada… baka baik plak tu. Kacuk hotut+looped-ear … rabak duit RM150 beli sepasang…memang comel..warna kelabu (looped-ear) dan putih (hotut+looped ear)…untuk mengelakkan mati sebab sejuk, aku modified reban ayam arwah abah… minor modified je… sebab plan nak buat reban yang selesa sikit…semangat nak bela arnab punya pasal, aku beli la kayu kayan buat reban tinggi…belum reban siap, arnab kelabu aku kena curi la plak, (masa tu tak budget ada pencuri arnab kat area ni..jadi reban tak berkunci la…)..bengang btol aku.. dah la arnab yang aku sayang plak tu kena curi… mula syak musang punya keje..tapi bila tengok kesan..ni musang kaki dua berjambul itam punya keje ni… maka, tinggal la sekor arnab aku tu… yang aku beri nama Puteh. Baru tgh semangat nak cari pengganti partner putih, kena pegi kursus Asas Pegawai PKBM plak kat ipoh.. duduk la si puteh sekor2 selama 4 minggu dalam reban baru yg aku buat…balik dari kursus, aku survey lg cari arnab untuk partner putih..dapat la sekor baka pelik yang ada jambul kat atas kepala. Mulanya aku tak tau baka apa ni dan tak tau jantina..cina pet-shop tu cakap jantan..aku percaya je la…. Aku bg nama jambul… ada la 2 ekor arnab aku masa tu… lepas mak aku bising sebab reban arnab dekat depan rumah (pencemaran bau dan penglihatan+hari2 kena basuh sisa buangan arnab) aku alih reban tu ke belakang dekat dengan reban ayam yang dah di modified… time kering duduk la dalam reban ayam tu… time basah, alih ke reban tinggi.
Early settler.. Puteh and Jambul |
Fort Bunnies completed |
Satu lagi faktor kenapa kena alih reban tu, ada org cakap, arnab ni kalau lepas atas tanah cepat membiak..so, aku pun try la… dalam pada menunggu hasil perkahwinan arnab aku tu..aku terjumpa baka looped-ear kaler hitam… untuk memeriahkan lagi komuniti arnab aku tu, aku pun beli la..namanya Burok..sebab muka dia mcm pelik sikit… Tokey pet-shop cakap betina, sekali bila dah besar… ada biji plak.. besar plak tu.. rupanya jantan (bakal jadi jantan Alpha ni..)…penantian lepas seminggu ke sebulan lepas sebulan ke 2 bulan..puteh tak bunting lagi…aku mula la fedup pasal apa arnab aku tak membiak…. Tapi aku perasan badan Puteh mcm berasi sikit… entah macamana ada satu hari dalam bulan 4 tu aku tergerak hati nak alihkan puteh ke reban tinggi..saje asingkn dari laki dia… tetiba pagi esoknya… ternampak bulu bertaburan di bawah reban tinggi..dan..tu dia, Puteh ada baby dah…5 ekor baby masa tu merah2 lagi… motivasi bela arnab trus melonjak..
The Name is Burok... |
1st Batch |
...and the rest... bulu Puteh dah tukar warna sebab kerap beranak |
Memang memenatkan nak jaga baby bunny ni… sebab terpaksa pisahkan ibu ngan anak sebab dari pengamatan dan pengalaman, kalau biar anak ngan ibu sekali, mmg mati kelaparan la baby arnab tu sebab ibunya tak reti menyusukan anak (bukan arnab liar ye….) setiap hari kena tangkap ibu arnab ni tadi sumbat dalam kotak yg ada baby dia..pegang jangan bagi lari…dan biarkan anaknya mencari sendiri putting susu dan mnyusu la sampai kenyang…proses..2 minggu. Bila dah ada bulu dan mata baby bunny ni dah buka..barula bagi semula pada ibu dia ..tapi takleh campur ngan arnab lain… bila dah sebulan.. baru la campurkan dia ngan arnab2 lain.. meriah jugak la bela arnab masa ni… yg hidup pun banyak.. yang mati pun banyak jugak…. Jantina arnab ni lepas 2 bulan baru tau jantan ka betina ka… kalau jantan, dia dah mula bergadoh sama2 jantan..kena asingkan atau jual ke buat lauk ke…. Kalu tak… alamatnya, berlobang la telinga arnab tu koyak mulut ke luka sana sini ke sebab bergaduh… kalau reban atas tanah.. memang kena bersihkan selalu (ni la yang paling leceh).. kalau biar lama2 taik dia bertimbun…confirm penyakit lain pun datang…
after 3 weeks |
baka jenis lionhead |
kos pallet arnab kat Temerloh sangat mahal... |
some of them.... |
Lionhead + Looped-ear ..? |
Masa aku bela arnab ni, Alhamdulillah arnab2 ni takde kena penyakit kulit ke sawan ke demam ke… Cuma keracunan makanan yang mengakibatkan banyak yang terkorban… (silap letak rumput yang ada racun…aduuu) kena plak bulan puasa tu…stakat 2 ekor bleh la tanam.. kalau hari2 ada yang mati… tak daya dah nak gali lubang….. rupanya, arnab betina tak bleh beranak selalu.. pengajaran berguna kepada aku… Akhirnya Puteh mati sebab jangkitan kuman bersama babynya sebab selalu sangat beranak… sayang sungguh…. Disebabkan banyak arnab yang mati... aku mula give up dalam bela arnab ni.. frust jugak bila dah banyak...siap jual murah lagi tu kat orang lain... sekali banyak pulak yang mati... so, aku fikir nak restart semula breeding arnab2 ni... yang mana tinggal, sembelih jadi lauk..yang bagi orang pun ada... sekali, baka induk mati plak kena langgar... hmmm... tutup buku trus masa tu.... reban skang jadi stor..reban satu lagi tu bagi Mak Ngah buat reban kucing.. hehe...
Burok... RIP |
Tapi.... aku memang berminat sangat nak bela arnab semula.. Ia adalah satu terapi yang sangat berkesan sebenarnya.... Takpela, tunggu kalau ada masa dan ruang memang aku akan bela lagi sekali , cuma sebab skang ni tgh sibuk blaja....dan mungkin lepas abis master ni aku kena balik semula mengajar di Jerantut... kalau dapat tukar sini... mungkin aku akan start bela atau kalau dah mula collect data tesis aku, lagi cepat aku start bela arnab semula .... tengoklah nanti mcmana....adios for now
Tuesday, 14 February 2012
Post 02: Keangkuhan, kebongkakan dan ketidakstabilan emosi...
Written on February 14, 2012
Penat betul rasanya hari ni… tadi pegi sekolah kejap… bantu cikgu Md Noh yg ganti aku ngaja MPVHDA. Tolong layout item yang perlu di beli tahun ni.. jumpa kawan2 guru kat SMJ… tolong Ust. Shabudin berkenaan no rujukan surat dan tukar nama kelas dalam e-disiplin… jumpa kadet2 PKBM yg aku sayang... pastu dah rasa mcm tak tau nak buat apa.. aku pun balik la... rupanya mmg bosan kalau cuti lama2 ni... haih...ngapa la sekolah aku ngajar jauh sangat... bukan ngapa persoalannya..tapi bagaimana aku boleh bertugas di sini yang jarak rumah aku secara tepatnya mengikut travelmeter wira SE merah aku dulu adalah 69km... ulang suara 69km!!! Maknanya... kalau aku pegi keja dan balik..jarak perjalanan sehari kalau tak singgah mana2 ialah 138km! Pastu kali la plak 5 hari bekerja..brapa de? 690KM seminggu!!! Easy math bro... Umpama aku travel pegi balik Ipoh dalam seminggu tu..... dari Januari 2009 sampai hujung september 2011 aku ulang alik..... dan perlu di ingat... minyak tak boleh claim.... itulah pandirnya suatu organisasi barisan hadapan yang kononnya membentuk modal insan... Hakkkhh!!! PPPttuuuiihhhh!!!! cikgu travel jauh takleh claim minyak...tu pegi kerja mendidik anak bangsa tu, blom citer kalau kena panggil mesyuarat ke kursus ke ape ke...claim ciput je..pekeliling zaman komunis yg digunapakai sampai skang.... hai, rasa nak mencarut je bila aku tulis entry ni..... memang setiap hari...DIULANG..SETIAP HARI aku pegi kerja dalam mood yang sangat bengang!!! Cuba tanya mana2 manusia dalam Malaysia ni even dunia sekali pun yang tak sakit ati kena berulang alik jauh dengan gaji yang tak padan dengan kos minyak kos maintenance kereta kos insuran yang kena bayar setiap bulan takut ape2 jadi tgh jalan... cuba bagitau sikit siapa yang tak sakit hati? Kementerian nak bayar? Jabatan nak bayar semua tu? Silap haribulan kalau mengadu kat organisasi ni..jawapannya sangat senang (agaknyala) ...berenti je la jadi cikgu...ramai lagi graduate yg menganggur nak jadi cikgu... sorang cikgu berenti...50 fresh graduate ngan seasoned graduate berebut isi borang GSTT ke KPLI ke.... Terfikir jugak kengkadang tu, kalau gaji RM 5K ke tahan la jugak nak ulang alik jauh mcm tu... mana silapnya? Dah apsal ko tak duk jerantut je bai? Oh.. sungguh panjang ceritanya... ada lagi 3 entry yg kena tulis untuk jawab persoalan ni..... Akan di masukkan nanti.
Sebenarnya point utama aku nak tulis ni nak cerita pasal keangkuhan, kebongkakan dan kesombongan pegawai2 yang bertanggungjawab menguruskan penempatan guru-guru dan pelajar-pelajar. Semalam dalam buletin utama (malas nak tengok, tapi terpaksa tengok) cerita pasal sorang budak yg mengalami kemalangan dan cedera teruk pastu nak masuk sekolah... pastu masuk skolah kena kutuk ngan budak2 lain sebab cop budak ni “org TV3” ( aku pun tak brapa nak faham cerita betulnya..kena buat research sikit ni)...then pakat ramai2 keluar kelas, tinggal la budak tu sorg2...apa lagi, kecik hatila budak tu..trus blah balik umah..report kat ayah dia, ayahnya plak sebab dah penah complaint kat TV3 (Agaknye la)..trus drive ke KL tu ...report lagi kat TV3 pasal anaknya yang diboikot tadi. Esoknya PPD tempat budak ni sekolah buat press confrence, menyatakan dakwaan bapak budak ni tak benar dan siasatan telah dijalankan (tak taula benda diorang siasat)dan paling best budak tu disalahkan kerana keluar sekolah tanpa kebenaran dan tindakan akan diambil... akhir berita memaklumkan bapak budak ni tgh jumpa lawyer untuk tindakan saman...amik nok!!! So, apa persoalan yg ada dalam cerita ni? Pertama: mana pegi pihak pentadbiran dan guru kaunseling sekolah tu yang bertanggungjawab mengendalikan kes budak ni? Kedua: adakah budak ni sebelum eksiden ada rekod buruk kat sekolah sehinggakan guru2 meluat dengan dia dan pelajar2 memboikot dia? Ketiga: kenapa pihak sekolah dan PPD tak ambil tindakan yg lebih efisyen dan drastik sebelum benda ni kluar kat TV? Kenapa perlu buat press confrence? Sebab nak bersihkan nama atau cover defect pengurusan pihak tertentu? Rasanya bapak budak tu sure la mengadu kat PPD dulu sebelum ke pihak lain kalau PPD tak buat apa2 a.k.a berat butir nak selesaikan masalah ni....my point of view, bila PPD buat press confrence menyalahkan pelajar dan keluarga pelajar AMATLAH TIDAK WAJAR. Terserlah kebongkkakan dan keangkuhan mereka. Kenapa tidak disiasat secara psikologi dan emosi... sudah lupakah mereka dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, let me quote a little bit... “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani..” there’s word EMOSI if I don’t blind… kena sedar budak tu pernah mengalami kemalangan teruk sampai cedera parah. Emosi orang yg pernah alami kemalangan tak sama dengan orang yang tak pernah. Begitu jugak dengan keluarga mereka. Emosi sudah terganggu beb. Kemalangan adalah satu dugaan yang Allah beri kepada hambaNya untuk menguji kesabaran dan tauladan kepada yang lain. Cuba faham yang tu… jangan angkuh dan bongkak menyamaratakan emosi semua manusia ni sama.ko penah kena lenyek steamroll ke ko penah jatuh sungai ke kaki ko penah patah lapan ke emosi ko sama je ngan budak kelas pandai yang tak penah kena apa eksiden pun...HeadBrain lu berjamboi!! Emosi sangat panting dalam kehidupan manusia..sebab tu ada istilah “emosi tak stabil”. Emosi stabil fine… semua berjalan lancar...kerja beres, boleh pegi ngeteh dengan happynya... Emosi terganggu, silap hari bulan ada muka pecah kena tumbuk….Emosi tak stabil, budak buat kes dalam sekolah bergaduh bertumbuk vandalisme dan tido masa P&P...emosi tak stabil, guru tumbuk budak dalam sekolah..malah ada pengetua/guru besar kena tumbuk dek cikgu sebab emosi cikgu ni tak stabil. Jadi, dalam memahami emosi manusia ni, kebongkakan dan keangkuhan bukan formula yang baik dalam menyelesaikan masalah. Tolerasi dan timbangrasa serta perikemanusiaan adalah penawar emosi yang paling mujarab...tapi, itulah yang amat jarang-jarang sekali berlaku..kecuali kalau kena dekat kroni sendiri..... apa dah jadi dengan sistem pengurusan pendidikan skang ni? Mana nilai kemanusiaan dan timbang rasa pihak2 yang berkuasa membuang dan memasukkan pelajar dalam sekolah, yg bertanggungjawab memastikan setiap pelajar selesa belajar di sekolah..yang dapat memastikan emosi pelajar stabil di sekolah.. .tu belum cerita timbang rasa dalam hal kebajikan guru, pertukaran guru atas sebab2 kritikal seperti menjaga ibu yang sakit, suami isteri yang duduk berjauhan yang amat sangat sampai ade kes isteri keguguran sebab drive jauh pergi mengajar atau duk keseorangan.... mana pegi nilai2 ni semua? Ya tuan2..kita manusia yang mudah lupa...dan paling teruk, kita orang melayu islam yang mudah lupa dan selalu lupa dengan prinsip umat islam itu bersaudara dan saudara sesama islam WAJIB di tolong... ini lah nilai yang takde pada kebanyakan pegawai pentadbiran di sekolah dan sehingga ke pentadbiran KPM. Yang paling cekap dibuat kalau ada isu yang timbul, SALAHKAN PIHAK YG INGIN MEMINTA TOLONG SEBAB MEREKA INI TAK LAYAK DITOLONG, kalau tolong menyusahkan aku pulak, nanti ramai pulak yg berhimpun depan pejabat nak minta tolong. Suka hati akula nak tolong ke tak, aku KPP pengurusan sekolah... aku penyelia cemerlang pengurusan sekolah...suka hati aku la nak tolong ke tak aku timbalan PPD..banyak cakap kang aku tukarkan ko pegi sekolah org asli kat Post Senderut tu.... gila kentang ngan manusia macam ni.... diorang dah lupa agaknya...esok kalau mati..kena tanam dalam tanah, kain kafan warna putih... bukan kena balut ngan bendera PPD ke JPN ke KPM ke... so, why so arrogant? Itu pun nasib baik kalau jasad ada...buat jasad hilang dalam sungai ke kena bunuh bakar pastu abu hanyut kat laut ke...batang pisang la yg ganti korang masuk dalam liang lahad untuk dikenang oleh ahli keluarga dan sanak saudara... tak perlu la nak angkuh dan bongkak.. kita ajar pelajar kita apa keburukan angkuh dan bongkak... tapi amat malang kalau dalam pendidikan sikap ini ada diamalkan oleh mereka yang pernah digelar dan masih digelar pendidik....dan amat malang pendidik ini adalah PENGANUT AGAMA ISLAM!!!! Namun aku yakin, tak semua pegawai2 ni lupa tanggungjawab mereka sebagai seorang muslim, masih ada ramai yang bertimbang rasa dan ada nilai perikemanusiaan yang tinggi..Cuma bilangan mereka ini sangat sedikit... sekian untuk kali ini....
Kalau hati panas..... Yeargghh!!! |
Sunday, 12 February 2012
Post 01 : 1st Entry.. ye haa...!!! (about me Part I )
Written on Sunday, February 12, 2012
Kononnya aku tulis entry ni nak masukkan dalam blog yang tak tau bila la boleh post nye…..
Terasa bosan yang amat sangat…ni la akibatnya bila biasa tido lewat…. Nak main mafia wars dah muak dah malam ni. Nak buat keje untuk tunjuk kat advisor aku, terasa malas lagi..walhal tak lama dah hari rabu tu…. Boring punya boring… buka la blog org lain…. Terbaca tulisan bekas pengetua aku dulu (yang sekarang ini merupakan Pengarah Jabatan Pelajaran Pahang- Tn. Yahya Zainal Abidin). Garapan pengalaman hidupnya sungguh menyentuh perasaan bilamana beliau menceritakan pengalaman semasa beliau menjadi pelajar…. Ya, beliau seorang yang hebat, sebab tu beliau boleh menulis pengalaman tersebut untuk tatapan awam supaya dapat menjadi contoh tauladan… aku ni plak hanya seorang guru biasa yang skang ni buat master baru je nak masuk semester dua.. takde la hebat pun…
Banyak benda dalam kepala otak ni sebenarnya nak tulis, tapi page blog pun tak siap2 lagi..ape cer beb? Gila melayan mafia wars 1 ngan 2, habih... blog tah kemana, keje pun tah kemana... jadinya, untuk melakukan sesuatu aktiviti yg berfaedah...aku try la menulis macam lecturer EDU5900 aku, Dr. Othman Talib (Dr.OT panggilan glamour).... sungguh sempoi blognya dan banyak input yg berguna kepada pelajar Master..macam aku...walaupun aku bengang ngan dia sebab bagi B+ je paper tu..tapi takpela. Bukan senang nak senang kan.... fikir positif je la... walaupun susah dapat markah tinggi, tapi banyak ilmu yang aku dapat...Alhamdulillah....
Ok.... hari pun dah dekat kul 1, mata aku tak mengantuk lagi.... flashback memory jap.... siapa aku?
Aku dilahirkan pada 11 Mei 1980 (25 Jamadilakhir 1400) hari Ahad, di Kg. Bukit Resak, Temerloh. Masa tu belum Bandar Ikan Patin lagi. Ntah masa bila jadi bandar ikan patin ni pun aku tak perasan. Merupakan anak sulung dari empat adik beradik (3 lelaki 1 perempuan). Arwah abah aku seorang guru begitu juga emak pun seorang guru. Sebenarnya aku sangat bangga aku dari keluarga pendidik hampir semua adik beradik aku jadi guru.... arwah adik perempuan aku hampir menjadi guru, tapi Allah lebih sayangkannya... (Al-Fatihah untuk kedua arwah abah dan adikku, ‘Aisyah Syafira...). Even wife aku pun seorang guru.... memang aku sangat bangga... aku dibesarkan dalam suasana kampung di tepi jalan besar Kuantan – Kuala Lumpur (Highway LPT tak penah terfikir akan wujud lagi masa ni) Main paya, melastik burung, main perang2 dalam semak belakang rumah yang dulu hutan dengan kebun getah..skang ni dah pupus sebab abih keliling kawasan dah jadi kawasan perumahan...mungkin sebab Hospital Hoshas (Hospital Temerloh) terwujud tak jauh dari sini... tadika pertama... tadika KEMAS je masa tu yang ada pun kat Paya Pulai tu... pastu masuk sekolah kat seberang jalan tadika tu SK Paya Pulai tahun 1987.... masa sekolah rendah aku antara top scorer la.... seingat aku start darjah dua sampai la darjah enam...tapi masa UPSR 1992, kantoi karangan dapat C. Yang lain ok je A. Tak ingat dah sebab apa... tapi aku ingat lagi cikgu yang ngajar karangan tu, Arwah cikgu Jamli...rasanya la.. bukan salah dia, tapi mungkin salah pemeriksa kot... pandai2 je aku salahkan orang kan...
Sekolah menengah pertama, Sekolah menengah Seri Jengka (takde SMK lagi masa ni kat nama sekolah). Aku ingat lagi masa ni arwah abah berhempas pulas memasukkan aku ke sekolah tu. Rasa macam jauh je sekolah dengan rumah masa tu walaupun jaraknya dalam 40km je. Duduk asrama la beb, takkan nak berulang alik. Gila ke ape.... dari tingkatan satu sampai tiga aku belajar kat sini. Aku masuk sekolah ni batch yang ke-2 sebab senior yang ada masa tu budak2 tingkatan 2.... so, tak kena buli la sangat. Sikit2 tu ada la, tapi biasala kan, duduk asrama. Disini aku mula belajar hidup berdikari la konon... memang betul pun, kena basuh baju sendiri, iron baju, masak megi sendiri dan macam2 la yang kena buat sendiri. Seronok duk asrama ni. Time paling seronok bila cuti sekolah...hehehe.. time paling tak seronok bila kena balik ke asrama... siapa2 yang duk asrama mesti rasa macam tu jugak. Jangan nak tipu. Kat sini subjek yang aku paling suka, matematik... cikgu khalid yang mengajar subjek tu (skang ni dengar citer dah jadi lecturer IPT..tapi tak tau kat mana...).. yang aku paling tak suka masa tu, subjek bahasa Arab.. sebab sokmo kena menghafal... dan sokmonye kena denda sebab tak hafal... ustazah favorite yang ngaja BA ingat lagi namanya, ustazah jariati (Last jumpa masa aku KPLI, masa tu kursus asas St. John Ambulance dekat Kuala Kangsar,Perak, Ustazah Jariati lecturer kat MPIK masa tu, ada sekali jadi pensyarah pengiring untuk peserta MPIK. Paling aku bangga, dia ingat lagi aku..hehehe) Akibat dari pada tak suka subjek BA ni, PMR 1995 aku dapat B, subjek lain A (8A tu de...)
Menengah rendah berlalu, masuk plak menengah atas kat MRSM Pengkalan Chepa... culture shock jap aku. Mana taknye, semua yang masuk sini result PMR 8A ngan 9A...pergh.... pastu dari serata ceruk dalam malaysia studentnya. Dari utara ke selatan dari timur ke barat... macam2 perangai ada jumpa kat sini. Masa ni aku hanyalah pelajar biasa kelas pertengahan je (takla pandai sangat dan tak la bengap sangat)... kesimpulan selama 2 tahun kat sini, memang best sangat. Masa ni la aku betul2 belajar dan betul2 enjoy bersama rakan-rakan bilik A-14 dan kelas Luqman. Penasihat homeroom kelas Luqman masa tu cikgu Md. Noh (Last aku dengar jadi GPK HEM kat MRSM Kuantan). Banyak memori kat sini... bukan kat sini je, kat seri jengka pun sama (nanti aku tulis dalam entry lain kalau ada masa ....) pendek cerita...selepas berhempas pulas jadi student MRSM yang masa tu antara 3 MRSM terbaik dalam Malaysia...maka result SPM pun antara yang terbaik juga la.... Cuma kantoi bahasa Inggeris je...lagi sekali salah pemeriksa kertas la ni... macamana aku leh teruk dapat result BI sedangkan masa trial dapat A2. Takpela, dah bukan rezeki kot... baper A yang dapat? Bukan mcm skang ni budak2 leh dapat berbelas2 A. Yang dapat 20A pun ada...aku takdela sampai tahap tu. Tapi masa tu pakai sistem agreggat... brapa agreggat bro? Hmm.... 7 aggregat je... Alhamdulillah... layak untuk sambung blaja kat matrikulasi .... nak pegi oversea masa tu pasal apa tak boleh? Dah dapat result ok patutnya student MRSM senang2 je nak sambung blaja ke oversea... ye la tu... tahun 1997 – 1998 ekonomi negara tgh gawat angkara George Soros ( Tun Mahathir yang cakap)..tapi memang betul pun tengah gawat masa tu....maka, hanya dalam mimpi je la nak pegi oversea.... wa lau weh... panjang la pulok entry aku nih.... nanti la lain kali aku sambung... dah takde mood la pulok.. adios... salam 1Malaysia....
Subscribe to:
Posts (Atom)