Model Susun atur perabut pelajar MPVHDA SMJ 2011 |
Dah lama aku nak tulis benda ni, tapi takde kesempatan...Walaupun dah nak berkubur dah subjek ni, aku nak tulis jugak isi hati aku yang terbuku lama dah ni.... Ini adalah pandangan peribadi aku sebagai seorang guru Mata Pelajaran Vokasional (MPV) Hiasan Dalaman Asas (HDA) selama 7 tahun dan telah mengajar di 2 buah sekolah yang berbeza dari segi pentadbiran, persekitaran dan kemudahan logistik dan material... di ulang, THIS IS ONLY MY PERSONAL POINT OF VIEW...ok!
Sebelum aku merepek dengan lebih lanjut, a little bit intro bout this subject, MPV Hiasan Dalaman Asas mula diperkenalkan di sekolah2 harian akademik bermula tahun 2004 secara berperingkat hingga ke tahun 2010. Guru2 yang diberi latihan secara spesifik untuk subjek ni hanya 2 batch KPLI di Maktab Perguruan Teknik (2003 dan 2004) lepas tu terus takdak...dan kebanyakan mereka tiada asas langsung mengenai Interior Design or Interior Architecture or Interior Decor itself sebelum masuk KPLI ni...berapa ketul je yang ada basic dan yang pernah involve dalam bidang ni sebelum tu, termasuk la aku...
Ada 13 Modul yang terkandung dalam subjek ini yang perlu dikuasai pelajar dari kemahiran memasang dan membina kemasan lantai, dinding, siling, aksesori dekorasi dan keusahawanan. Ok... faham dah? Secara general ye.. detail about this subject i will post it later if i have time...
Baik.. dalam melaksanakan pendidikan vokasional (PV)dimana jua dalam dunia yang fana ni ada prinsip... prinsip yang menjadi panduan dalam pelaksanaan PV antaranya yang diilhamkan oleh Melvin D. Miller, melalui hasil tulisannya, PRINCIPLES AND PHILOSOPHY FOR VOCATIONAL EDUCATION (1984), bleh download buku dia kat sini:- http://www.eric.ed.gov/ERICWebPortal/search/detailmini.jsp?_nfpb=true&_&ERICExtSearch_SearchValue_0=ED250497&ERICExtSearch_SearchType_0=no&accno=ED250497
(DAH DOWNLOAD... BACA DAN PAHAM..BUKAN BUAT KOLEKSI PDF DALAM LAPTOP PLAK..)
Menurut Miller (1984), ada 3 prinsip dalam PV
1. Prinsip dan Manusia
2. Prinsip dan Program
3. Prinsip dan Proses
Aku taknak bincang pasal prinsip2 ni... Tuan2 dan Puan2 boleh baca sendiri kalau rajin... apa yang aku nak tulis ni macam tajuk post kat atas tu... DEFECT or what is wrong? U dig...what is wrong base on those principles....
1. PRINSIP DAN MANUSIA
1.1 Bimbingan dan kaunseling kerjaya
Hmmm... Miller (1984) menyatakan, bimbingan vokasional merangkumi semua peringkat yang memberi petunjuk kepada keberkesanan vokasional. Perancangan sempurna meliputi peluang mendapatkan pengalaman pekerjaan, MEMBUAT PILIHAN VOKASIONAL, menyedia pilihan kerja, pengambilan guna tenaga kerja mengikut bidang, membuat pelarasan semula mengikut bidang dan BERSEDIA UNTUK PERUBAHAN DAN KEMAJUAN. O’Doherty & Chamberlain (1969) said, KAUNSELOR memainkan peranan penting atas prinsip kaunselor seorang pendidik dengan latihan yang special dimana peranannya boleh dilihat melalui perubahan budaya dan lebih memahami maksud pendidikan... so, what happened in Sekolah Menengah Harian yang menawarkan MPV? Guru MPV tu la kaunselornya..kaunselor sedia ada? Takleh harap.... tak membantu langsung malah tak de inisiatif langsung nak cari info pasal PV dan future career pasal PV ni... contoh mudah, patutnya awal sesi persekolahan, sepatutnya pelajar ting. 4 diberi taklimat berkenaan subjek dan aliran, dan kaunselor yang sepatutnya organize program orientasi pelajar Form 4 ni...pelajar diberi kebebasan memilih aliran mana berdasarkan minat dan kebolehan...bukan ikut kawan... tapi ada sekolah yang BENGAP (tak tau la samada pentadbir atau kaunselor yang bengap..TERMASUK LA PENYELARAS TING. 4 pun bengap sama..) siap sudah bagi pelajar ikut kelas..what the hell?? Akibatnya...budak2 masuk MPV semuanya yang all “E”ngland tak pun All “F”inland... bila guru MPV ni berkeras minta buat taklimat, baru la terkocoh2 nak buat dan akhirnya, kena redha la dengan pelajar yang ada... dan bertambah la beban guru MPV ni tadi untuk membina “minat” pelajar2 yang kategori kalau tahap SRP ni, mampos takleh naik tingkatan 4. Prosser state that Vocational Education will be effective if can only given to the selected group of individuals who NEED IT, WANT IT and are ABLE to profit by it(Prosser, as cited in Camp & Hillison, 1984) so, what is wrong here? .. jawapan aku senang... KAUNSELOR TAK FAHAM PV, PENTADBIR PUN SAMA BENGAP TAK FAHAM PV NI JUGAK!
1.2 Pembelajaran Seumur Hidup
Dah kaunselor tak berfungsi nak pembelajaran seumur hidup kejadah apanye... Guru MPV jugak la yang terpaksa tanya kawan2 sealiran mana la budak2 dia nak sambung blaja atau pegi mana kursus2 kemahiran supaya kemahiran yang diperolehi tidak terkubur begitu sahaja malah boleh digilap di pusat2 kemahiran yang lain. Guru MPV jugakla yang bagi motivasi pada pelajar2 untuk sambung belajar memantapkan dan mengasah kemahirang ke peringkat yang lebih tinggi...Realitinya, aku sedih bila melihat bekas2 pelajar MPV yang dapat result cemerlang subjek MPV tak dapat/tak nak sambung belajar, mungkin ada banyak sebab tersendiri, tapi perkara ni bukan perkara kecil. Bahkan ada kajian yang sedang berjalan bagi mengenalpasti mana bekas2 pelajar ni bekerja/belajar sekarang... kalau bekas pelajar ni bekerja/belajar lain daripada bidang MPV di sekolah, kenapa bleh jadi macam tu? Apa sebabnya?What is wrong here? jawapan aku senang, PELAJAR NI TAK DAPAT INFO YANG SEPATUTNYA MENGENAI CAREER DEVELOPMENT IN VOCATIONAL EDUCATION....
1.3 Keperluan Komuniti ditunjukkan melalui program
pendidikan vokasional
MPV Hiasan dalaman asas sesuai dibuka di kawasan penempatan besar (taraf Majlis Perbandaran/ Majlis Bandaran/ Dewan Bandaraya) dimana masyarakat setempat tidak asing dengan istilah kerjaya perekabentuk dalaman/juruhias dalaman/kontraktor hiasan dalaman... bukan dekat tempat yang dikategorikan luar bandar atau hulu atau taraf Majlis Daerah... bukan nak menghina... tapi prinsipnya macam tu. Bila buka ditempat yang tak sesuai, banyak masalah yang antaranya ibu bapa pelajar tak tau ape benda pun hiasan dalaman ni... sepatutnya ada taklimat kepada ibu bapa berkenaan subjek ni, tapi ada setengah sekolah luar bandar yang tawarkan subjek ni tak buat pun taklimat ni sebab pada mereka perkara taklimat ni tak penting pun dan membazir je.. ye la, kalau dah panggil parent kena la kluar duit makan minum sket..takkan parent datang kosong je...kedekut sangat nak keluar duit PIBG.. tapi keluar duit beli pasu mahal bleh plak... kalau ada yang buat pun, yang separuh mati panggil parent takde orang lain dah... guru MPV jugak... so what is wrong here? Jawapan aku... silapnya dari awal, pihak yang ada power untuk buka subjek ni tak buat kajian langsung pasal kehendak komuniti setempat... balanya bila buka, sekolah yang menanggung azab cari bahan untuk latihan amali adalah Guru MPV. So, salahnya tak lain dan tak bukan jatuh pada PENGETUA yang gatal sangat nak buka MPV tapi tak tau pun MPV tu benda apa....
1.4 Terbuka untuk semua
Pendidikan Vokasional menyediakan peluang kepada semua individu untuk mendapatkan latihan vokasional dan latihan semula yang bersesuaian dengan keperluan, minat dan kebolehan mereka (Miller, 1984). Dalam konteks PV melalui MPV plak, yang pentadbir sekolah faham... semua pelajar kategori hujung nyawa dan drop-out adalah selayaknya masuk kelas MPV... dah VOKASIONAL tu budak yang tak reti baca ngan mengira la.. hello..!! apa ni? Takkan la nak kira jubin lantai budak2 ni kena susun jubin satu2 sampai penuh bilik baru tau jumlahnya... gila la kalau macam tu...ada cara kira dan cara kerjanya. Dah kalau tak bleh mengira, kejadah apa masuk MPV HDA. Hiasan dalaman kena tau tafsir pelan...kalau tak tau baca, mcmana nak buat ayat spesifikasi bahan. Tu belum suh lukis pelan lantai... adoi, sakit jiwa tengok. Sebab tu la kena saring pelajar yang masuk MPV HDA ni. Kalau bengap sangat tapi tak minat, tak boleh jugak. Kalau bengap dan minat, insya Allah boleh berubah dan senang nak polish...What is wrong here? ...Pentadbir khususnya kena faham prinsip pendidikan vokasional dan stigma vokasional untuk kelas hujung perlu dikikis... bukan untuk kelas hujung, tapi untuk yang berminat..BERMINAT! Kelas hujung tapi minat, that is most welcome... Macamana nak tau berminat ke tak? Ape bodoh punya soalan, banyakkan program pendedahan berkenaan vokasional di sekolah...bukan asyik buat jamuan makan ngan ceramah bina insan je. Senarionya, ceramah selalu buat, tapi budak jahanam jugak... mana silapnya? Yang ni aku taknak jawab..takde kaitan ngan post ni.
1.5 Pekerjaan Masa depan tanggungjawab PV
Menyediakan pelajar untuk pekerjaan adalah tujuan utama PV. Membantu merancang penempatan pekerjaan kepada pelajar.... aaaa... kalau menyambung pelajaran memang ada prospek. Pelajar ada hala tuju yang jelas kalau guru MPV bagitau apa tujuan dan objektif subjek. Masalahnya, kalau dah bagi yang lemah sangat akademik pun susah juga. Dah la akademik lemah, sahsiah pun teruk, memang betul2 cabaran. What’s wrong? Persekitaran akademik yang tak vocational-friendly especially bagi subject academic yang lain mencacatkan prinsip ni. Fenomena yang berlaku di sekolah menengah harian biasa, pencapaian akademik sangat diutamakan especially pelaja2 kelas pandai. Macam2 strategi untuk menjana keputusan cemerlang di laksanakan di kelas ni. Kelas MPV? Strategi setakat lulus je...ala, budak2 ni takde masa depan dah.... sedih sungguh....
1.6 Bias terhadap jantina dihapuskan
Agak menyedihkan bila ada kelas HDA yang taknak ambil pelajar perempuan. Memang subjek ni agak berat untuk pelajar perempuan, tapi ada yang berminat... bukan sebab minat pada cikgunya, tapi sebab ada antara mereka yang nampak prospek HDA ni. Walaupun dalam malaysia ni Interior Designer famous ramai lelaki, tapi cikgu HDA ramai perempuan.. hehe. Cuma alasan pelajar perempuan tak leh bawak subjek ni agak tidak konkrit. Banyak andaian berkenaan bias gender ni, tapi memang berlaku dalam HDA. Whats wrong with this? Guru MPV kena hayati prinsip2 pendidikan vokasional. Kalau tak, pegi la ngajar subjek lain...senang cerita kan....jangan diskriminasi pelajar perempuan atau yang terlebih hormon perempuan.
1.7 Keperluan Pendidikan Khas dalam PV
Untuk prinsip ni, pelajar keperluan khas yang sesuai mengambil subjek ni adalah dari kalangan slow-learner, pekak dan bisu. Yang OKU lain, memang tak sesuai. Tapi masalahnya...dalam modul, takde cerita pun pasal macamana nak handle slow-learner or OKU yang sesuai ambil subjek ni sebab memang takde guru2 MPV yang diberi latihan yang spesifik untuk deal ngan OKU. What’s wrong? Memang MPV HDA tak berpegang pada prinsip Pendidikan Vokasional.. my POV, penggubal subjek ni tidak menghayati sepenuhnya prinsip ni. Habis tu, macamana diorang bleh gubal dan design subjek ni? Entah la bro.... diorang belajar tak abis kot... yang sakit jiwanya, guru MPV la kalau dapat golongan ni masuk dalam kelas, biasanya slow learner. Pekak ngan bisu tak penah dengar lagi ada dalam kelas MPV HDA, yang buat2 pekak ramaila....kena sabar banyak..sabar ye sabar..sabar itu separuh dari iman.....tak sabar kalu, jadi blogger..tak susah...nak susah lagi, pi sambung buat Master fulltime...
1.8 Organisasi Pelajar
Peringkat lebih tinggi perlu ada ni, tujuaannya melatih pelajar dalam aspek pengurusan organisasi dan secara langsung mengasah bakat kepimpinan. Peringkat sekolah plak, bagi peluang la jadi pengawas ke apa ke... tak dinafikan dalam kelas MPV memang ada organisasi macam kelas biasa. Tapi, semuanya kena push macam tukul ngan pahat,sekali ketuk, sekali jalan dan untuk komuniti MPV yang kecil, kegiatan organisasi tertumpu kepada aktiviti kurikulum sahaja. Seharusnya pelajar MPV digalakkan untuk aktif dalam kegiatan ko-kurikulum dan badan kepimpinan pelajar seperti pengawas contohnya. Memang ada pelajar yang terserlah bakat kepimpinan bila diorg join pengawas, persatuan, unit uniform dan sukan. Dan galakkan ini seharusnya konsisten. Memang terbukti, kebanyakan pelajar yang aktif ko-kurikulum tidak cemerlang sangat dalam akademik. Bukan sebab mereka bengap tapi sebab faktor kelemahan mereka sendiri, iaitu malas belajar subjek akademik. So, what’s wrong? Perspektif guru hanya pada kurikulum dan pentaksiran MPV yang jumud sahaja. Takde perkembangan luaran yang lebih positif untuk menggilap bakat kepimpinan pelajar. Apa masalahnya kalau wujudkan persatuan atau kelab MPV contahnya kelab Dekorasi Dalaman ke Kelab Dekor2 Bersama Cikgu Ramli ke... it’s all about creativity. Ini tidak, duduk la dalam kelompok MPV tu..dah la bengkel jauh, jadi macam kera sumbang pun ye jugak.
1.9 Tenaga Pengajar Pendidikan Vokasional yang
Profesional dan Berkompetensi Teknikal
Sepatutnya guru2 MPV diberi kursus peningkatan sebab.... tak semua pernah ada pengalaman dalam bidang ni. Cuba tanya konsep interior design, sebagai contoh, apa dia Victorian style? Art Nouveau? Art Deco? Post-Modernism?GothicStyle? Deconstructivsm? dan bagai2 lagi ...confirm ada yang kantoi... semua main refer majalah Anjung Seri, Impiana dan macam2 majalah lagi kat pasaran. Tu baru cerita konsep, belum masuk bab falsafah ke aliran ke prinsip dalam ID ni. Lain2 kemahiran teknikal? Hmmm rujuk modul pembelajaran je la... buat apa nak kusut kepala...so, adakah tenaga pengajar ini profesional dan berkompetensi Teknikal? NOT 100% of them are competent.. jangan marah eh... tu belum cerita pasal kendalian alat dan mesin, prosedur kerja betul pemasangan dan pembinaan... ada yang main hentam je, asalkan jadi, sudah la.... pergh... What’s wrong? Takde pendedahan dari pihak yang sepatutnya bagi pendedahan dan latihan peningkatan pada guru2 MPV ni...so, the idea stuck kat situ je. Terpaksa la diorang study sendiri kalau mana yang rajin study... memang bagus kalau buat sesuatu perkara berulang2 dan menjadikan kita pakar dalam perkara tu, tapi kalau buat benda yang sama 7 ke 8 tahun ke 10 tahun ke tanpa pembaharuan dan pemurnian...boring wooo... benda plak dah outdated... buat kena kutuk je...Guru adalah pelaksana terpenting di peringkat sekolah. Guru yang baik bukan sahaja menjadi guru yang berkesan tetapi membina kompetensi, menguasai teknik dan memiliki pengetahuan sebenar (Christopher, 1999)
1.10 Etika Kerja Positif Melalui Pendidikan Vokasional
Antara objektif MPV HDA generally melahirkan pelajar yang ada employability skill. Amat mencabar sebenarnya untuk membentuk skill ni kepada pelajar2 yang berada di kelas MPV bukan sebab minat. Dan untuk memupuk minat, kebijaksanaan sangat diperlukan dalam mengendalikan pelajar2 ni... dan kebijaksanaan ini juga tidak di ambil peduli oleh pihak lain, terutama pentadbir. Guru MPV sangat terkenal dengan etika kerja yang positif sampai tahap, pelajar yang berpenyakit ponteng sekolah, suka datang sekolah pada hari yang ada MPV, kalau betul cara tuning pelajar ni. Tapi, cikgu Matematik yang 2 kali dapat APC gagal nak buat macamni... hari yang ada matematik, kelas MPV terang je terutama kalau dekat2 dengan Trial SPM. Selain pada tu, antara keunikan guru MPV, boleh mengawal pelajar2nya yang ada diantaranya dikategorikan oleh guru2 lain sebagai GANAS,BUAS, LIAR dan apa2 perkataan yang sewaktu dengannya. Masuk bengkel MPV, tau je nak disiplinkan diri. Kelas subjek lain? Entahla...macam2 cerita dengar. What’s wrong? In MPV class, takde masalah dalam melahirkan etika kerja positif sebab memang kritikal elemen benda ni, dan memang di ajar dalam kelas. Tapi pembudayaan etika ini tidak 100% dihayati pelajar bila abis masa MPV sebab..... Deme Pikirla sendiri.... koi maleh dah nak taip nih.....
(bersambung di post yang akan datang...)
References:
Camp, W.G. & Hillison, J.H. (1984). Prosser’s sixteen theorems: Time for reconsideration. Journal of Vocational and Technical Education, 1(1), pg 13-20.
Day, C. (1999). Developing Teachers: The Challengers of Lifelong Learning. Hong Kong: Graphicraft Limited.
Miller, M.D. (1984). Principles and A Philosophy for Vocational Education. The National Center for Research In Vovational Education, Special Publication Series No. 48
O’Doherty, P.E., & Chamberlain, J. (1969). Vocational Guidance. Emerald Journal Article, Volume: 11 Issue: 11
1st Batch SPM 2006 |
Batch SPM 2011.. will be my last group of students..? time will tell... |
No comments:
Post a Comment