Tuesday, 14 February 2012

Post 02: Keangkuhan, kebongkakan dan ketidakstabilan emosi...

Written on  February 14, 2012
Penat betul rasanya hari ni… tadi pegi sekolah kejap… bantu cikgu Md Noh yg ganti aku ngaja MPVHDA. Tolong layout item yang perlu di beli tahun ni.. jumpa kawan2 guru kat SMJ… tolong Ust. Shabudin berkenaan no rujukan surat dan tukar nama kelas dalam e-disiplin… jumpa kadet2 PKBM yg aku sayang... pastu dah rasa mcm tak tau nak buat apa.. aku pun balik la... rupanya mmg bosan kalau cuti lama2 ni... haih...ngapa la sekolah aku ngajar jauh sangat... bukan ngapa persoalannya..tapi  bagaimana aku boleh bertugas di sini yang jarak rumah aku secara tepatnya mengikut travelmeter wira SE merah aku dulu adalah 69km... ulang suara 69km!!! Maknanya... kalau aku pegi keja dan balik..jarak perjalanan sehari kalau tak singgah mana2 ialah 138km! Pastu kali la plak 5 hari bekerja..brapa de? 690KM seminggu!!! Easy math bro... Umpama aku travel pegi balik Ipoh dalam seminggu tu..... dari Januari 2009 sampai hujung september 2011 aku ulang alik..... dan perlu di ingat... minyak tak boleh claim.... itulah pandirnya suatu organisasi barisan hadapan yang kononnya membentuk modal insan... Hakkkhh!!! PPPttuuuiihhhh!!!!  cikgu travel jauh takleh claim minyak...tu pegi kerja mendidik anak bangsa tu, blom citer kalau kena panggil mesyuarat ke kursus ke ape ke...claim ciput je..pekeliling zaman komunis yg digunapakai sampai skang....  hai, rasa nak mencarut je bila aku tulis entry ni..... memang setiap hari...DIULANG..SETIAP HARI aku pegi kerja dalam mood yang sangat bengang!!! Cuba tanya mana2 manusia dalam Malaysia ni even dunia sekali pun yang tak sakit ati kena berulang alik jauh dengan gaji yang tak padan dengan kos minyak kos maintenance kereta kos insuran yang kena bayar setiap bulan takut ape2 jadi tgh jalan... cuba bagitau sikit siapa yang tak sakit hati? Kementerian nak bayar? Jabatan nak bayar semua tu? Silap haribulan kalau mengadu kat organisasi ni..jawapannya sangat senang (agaknyala) ...berenti je la jadi cikgu...ramai lagi graduate yg menganggur nak jadi cikgu... sorang cikgu berenti...50 fresh graduate ngan seasoned graduate berebut isi borang GSTT ke KPLI ke.... Terfikir jugak kengkadang tu, kalau gaji RM 5K ke tahan la jugak nak ulang alik jauh mcm tu... mana silapnya? Dah apsal ko tak duk jerantut je bai? Oh.. sungguh panjang ceritanya... ada lagi 3 entry yg kena tulis untuk jawab persoalan ni..... Akan di masukkan nanti.

Sebenarnya point utama aku nak tulis ni nak cerita pasal keangkuhan, kebongkakan dan kesombongan pegawai2 yang bertanggungjawab menguruskan penempatan guru-guru dan pelajar-pelajar.  Semalam dalam buletin utama (malas nak tengok, tapi terpaksa tengok) cerita pasal sorang budak yg mengalami kemalangan dan cedera teruk pastu nak masuk sekolah... pastu masuk skolah kena kutuk ngan budak2 lain sebab cop budak ni “org TV3” ( aku pun tak brapa nak faham cerita betulnya..kena buat research sikit ni)...then pakat ramai2 keluar kelas, tinggal la budak tu sorg2...apa lagi, kecik hatila budak tu..trus blah balik umah..report kat ayah dia, ayahnya plak sebab dah penah complaint kat TV3 (Agaknye la)..trus drive ke KL tu ...report lagi kat TV3 pasal anaknya yang diboikot tadi. Esoknya PPD tempat budak ni sekolah buat press confrence, menyatakan dakwaan bapak budak ni tak benar dan siasatan telah dijalankan (tak taula benda diorang siasat)dan paling best budak tu disalahkan kerana keluar sekolah tanpa kebenaran dan tindakan akan diambil... akhir berita memaklumkan bapak budak ni tgh jumpa lawyer untuk tindakan saman...amik nok!!! So, apa persoalan yg ada dalam cerita ni? Pertama: mana pegi pihak pentadbiran dan guru kaunseling sekolah tu yang bertanggungjawab mengendalikan kes budak ni? Kedua: adakah budak ni sebelum eksiden ada rekod buruk kat sekolah sehinggakan guru2 meluat dengan dia dan pelajar2 memboikot dia? Ketiga: kenapa pihak sekolah dan PPD tak ambil tindakan yg lebih efisyen dan drastik sebelum benda ni kluar kat TV? Kenapa perlu buat press confrence? Sebab nak bersihkan nama atau cover defect pengurusan pihak tertentu? Rasanya bapak budak tu sure la mengadu kat PPD dulu sebelum ke pihak lain kalau PPD tak buat apa2 a.k.a berat butir nak selesaikan masalah ni....my point of view, bila PPD buat press confrence menyalahkan pelajar dan keluarga pelajar AMATLAH TIDAK WAJAR. Terserlah kebongkkakan dan keangkuhan mereka. Kenapa tidak disiasat secara psikologi dan emosi... sudah lupakah mereka dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, let me quote a little bit... “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani..there’s word EMOSI if I don’t blind… kena sedar budak tu pernah mengalami kemalangan teruk sampai cedera parah. Emosi orang yg pernah alami kemalangan tak sama dengan orang yang tak pernah. Begitu jugak dengan keluarga mereka. Emosi sudah terganggu beb. Kemalangan adalah satu dugaan yang Allah beri kepada hambaNya untuk menguji kesabaran dan tauladan kepada yang lain. Cuba faham yang tu… jangan angkuh dan bongkak menyamaratakan emosi semua manusia ni sama.ko penah kena lenyek steamroll ke ko penah jatuh sungai ke kaki ko penah patah lapan ke emosi ko sama je ngan budak kelas pandai yang tak penah kena apa eksiden pun...HeadBrain lu berjamboi!! Emosi sangat panting dalam kehidupan manusia..sebab tu ada istilah “emosi tak stabil”. Emosi stabil fine… semua berjalan lancar...kerja beres, boleh pegi ngeteh dengan happynya... Emosi terganggu, silap hari bulan ada muka pecah kena tumbuk….Emosi tak stabil, budak buat kes dalam sekolah bergaduh bertumbuk vandalisme dan tido masa P&P...emosi tak stabil, guru tumbuk budak dalam sekolah..malah ada pengetua/guru besar kena tumbuk dek cikgu sebab emosi cikgu ni tak stabil. Jadi, dalam memahami emosi manusia ni, kebongkakan dan keangkuhan bukan formula yang baik dalam menyelesaikan masalah. Tolerasi dan timbangrasa serta perikemanusiaan adalah penawar emosi yang paling mujarab...tapi, itulah yang amat jarang-jarang sekali berlaku..kecuali kalau kena dekat kroni sendiri.....   apa dah jadi dengan sistem pengurusan pendidikan skang ni? Mana nilai kemanusiaan dan timbang rasa pihak2 yang berkuasa membuang dan memasukkan pelajar dalam sekolah, yg bertanggungjawab memastikan setiap pelajar selesa belajar di sekolah..yang dapat memastikan emosi pelajar stabil di sekolah.. .tu belum cerita timbang rasa dalam hal kebajikan guru, pertukaran guru atas sebab2 kritikal seperti menjaga ibu yang sakit, suami isteri yang duduk berjauhan yang amat sangat sampai ade kes isteri keguguran sebab drive jauh pergi mengajar  atau duk keseorangan.... mana pegi nilai2 ni semua? Ya tuan2..kita manusia yang mudah lupa...dan paling teruk, kita orang melayu islam yang mudah lupa dan selalu lupa dengan prinsip umat islam itu bersaudara dan saudara sesama islam WAJIB di tolong... ini lah nilai yang takde pada kebanyakan pegawai pentadbiran di sekolah dan sehingga ke pentadbiran KPM. Yang paling cekap dibuat kalau ada isu yang timbul, SALAHKAN PIHAK YG INGIN MEMINTA TOLONG SEBAB MEREKA INI TAK LAYAK DITOLONG, kalau tolong menyusahkan aku pulak, nanti ramai pulak yg berhimpun depan pejabat nak minta tolong. Suka hati akula nak tolong ke tak, aku KPP pengurusan sekolah... aku penyelia cemerlang pengurusan sekolah...suka hati aku la nak tolong ke tak aku timbalan PPD..banyak cakap kang aku tukarkan ko pegi sekolah org asli kat Post Senderut tu.... gila kentang ngan manusia macam ni.... diorang dah lupa agaknya...esok kalau mati..kena tanam dalam tanah, kain kafan warna putih... bukan kena balut ngan bendera PPD ke JPN ke KPM ke... so, why so arrogant? Itu pun nasib baik kalau jasad ada...buat jasad hilang dalam sungai ke kena bunuh bakar pastu abu hanyut kat laut ke...batang pisang la yg ganti korang masuk dalam liang lahad untuk dikenang oleh ahli keluarga dan sanak saudara... tak perlu la nak angkuh dan bongkak.. kita ajar pelajar kita apa keburukan angkuh dan bongkak... tapi amat malang kalau dalam pendidikan sikap ini ada diamalkan oleh mereka yang pernah digelar dan masih digelar pendidik....dan amat malang pendidik ini adalah PENGANUT AGAMA ISLAM!!!!  Namun aku yakin, tak semua pegawai2 ni lupa tanggungjawab mereka sebagai seorang muslim, masih ada ramai yang bertimbang rasa dan ada nilai perikemanusiaan yang tinggi..Cuma bilangan mereka ini sangat sedikit... sekian untuk kali ini.... 




Kalau hati panas..... Yeargghh!!!

No comments:

Post a Comment