Written on Sunday, February 12, 2012
Kononnya aku tulis entry ni nak masukkan dalam blog yang tak tau bila la boleh post nye…..
Terasa bosan yang amat sangat…ni la akibatnya bila biasa tido lewat…. Nak main mafia wars dah muak dah malam ni. Nak buat keje untuk tunjuk kat advisor aku, terasa malas lagi..walhal tak lama dah hari rabu tu…. Boring punya boring… buka la blog org lain…. Terbaca tulisan bekas pengetua aku dulu (yang sekarang ini merupakan Pengarah Jabatan Pelajaran Pahang- Tn. Yahya Zainal Abidin). Garapan pengalaman hidupnya sungguh menyentuh perasaan bilamana beliau menceritakan pengalaman semasa beliau menjadi pelajar…. Ya, beliau seorang yang hebat, sebab tu beliau boleh menulis pengalaman tersebut untuk tatapan awam supaya dapat menjadi contoh tauladan… aku ni plak hanya seorang guru biasa yang skang ni buat master baru je nak masuk semester dua.. takde la hebat pun…
Banyak benda dalam kepala otak ni sebenarnya nak tulis, tapi page blog pun tak siap2 lagi..ape cer beb? Gila melayan mafia wars 1 ngan 2, habih... blog tah kemana, keje pun tah kemana... jadinya, untuk melakukan sesuatu aktiviti yg berfaedah...aku try la menulis macam lecturer EDU5900 aku, Dr. Othman Talib (Dr.OT panggilan glamour).... sungguh sempoi blognya dan banyak input yg berguna kepada pelajar Master..macam aku...walaupun aku bengang ngan dia sebab bagi B+ je paper tu..tapi takpela. Bukan senang nak senang kan.... fikir positif je la... walaupun susah dapat markah tinggi, tapi banyak ilmu yang aku dapat...Alhamdulillah....
Ok.... hari pun dah dekat kul 1, mata aku tak mengantuk lagi.... flashback memory jap.... siapa aku?
Aku dilahirkan pada 11 Mei 1980 (25 Jamadilakhir 1400) hari Ahad, di Kg. Bukit Resak, Temerloh. Masa tu belum Bandar Ikan Patin lagi. Ntah masa bila jadi bandar ikan patin ni pun aku tak perasan. Merupakan anak sulung dari empat adik beradik (3 lelaki 1 perempuan). Arwah abah aku seorang guru begitu juga emak pun seorang guru. Sebenarnya aku sangat bangga aku dari keluarga pendidik hampir semua adik beradik aku jadi guru.... arwah adik perempuan aku hampir menjadi guru, tapi Allah lebih sayangkannya... (Al-Fatihah untuk kedua arwah abah dan adikku, ‘Aisyah Syafira...). Even wife aku pun seorang guru.... memang aku sangat bangga... aku dibesarkan dalam suasana kampung di tepi jalan besar Kuantan – Kuala Lumpur (Highway LPT tak penah terfikir akan wujud lagi masa ni) Main paya, melastik burung, main perang2 dalam semak belakang rumah yang dulu hutan dengan kebun getah..skang ni dah pupus sebab abih keliling kawasan dah jadi kawasan perumahan...mungkin sebab Hospital Hoshas (Hospital Temerloh) terwujud tak jauh dari sini... tadika pertama... tadika KEMAS je masa tu yang ada pun kat Paya Pulai tu... pastu masuk sekolah kat seberang jalan tadika tu SK Paya Pulai tahun 1987.... masa sekolah rendah aku antara top scorer la.... seingat aku start darjah dua sampai la darjah enam...tapi masa UPSR 1992, kantoi karangan dapat C. Yang lain ok je A. Tak ingat dah sebab apa... tapi aku ingat lagi cikgu yang ngajar karangan tu, Arwah cikgu Jamli...rasanya la.. bukan salah dia, tapi mungkin salah pemeriksa kot... pandai2 je aku salahkan orang kan...
Sekolah menengah pertama, Sekolah menengah Seri Jengka (takde SMK lagi masa ni kat nama sekolah). Aku ingat lagi masa ni arwah abah berhempas pulas memasukkan aku ke sekolah tu. Rasa macam jauh je sekolah dengan rumah masa tu walaupun jaraknya dalam 40km je. Duduk asrama la beb, takkan nak berulang alik. Gila ke ape.... dari tingkatan satu sampai tiga aku belajar kat sini. Aku masuk sekolah ni batch yang ke-2 sebab senior yang ada masa tu budak2 tingkatan 2.... so, tak kena buli la sangat. Sikit2 tu ada la, tapi biasala kan, duduk asrama. Disini aku mula belajar hidup berdikari la konon... memang betul pun, kena basuh baju sendiri, iron baju, masak megi sendiri dan macam2 la yang kena buat sendiri. Seronok duk asrama ni. Time paling seronok bila cuti sekolah...hehehe.. time paling tak seronok bila kena balik ke asrama... siapa2 yang duk asrama mesti rasa macam tu jugak. Jangan nak tipu. Kat sini subjek yang aku paling suka, matematik... cikgu khalid yang mengajar subjek tu (skang ni dengar citer dah jadi lecturer IPT..tapi tak tau kat mana...).. yang aku paling tak suka masa tu, subjek bahasa Arab.. sebab sokmo kena menghafal... dan sokmonye kena denda sebab tak hafal... ustazah favorite yang ngaja BA ingat lagi namanya, ustazah jariati (Last jumpa masa aku KPLI, masa tu kursus asas St. John Ambulance dekat Kuala Kangsar,Perak, Ustazah Jariati lecturer kat MPIK masa tu, ada sekali jadi pensyarah pengiring untuk peserta MPIK. Paling aku bangga, dia ingat lagi aku..hehehe) Akibat dari pada tak suka subjek BA ni, PMR 1995 aku dapat B, subjek lain A (8A tu de...)
Menengah rendah berlalu, masuk plak menengah atas kat MRSM Pengkalan Chepa... culture shock jap aku. Mana taknye, semua yang masuk sini result PMR 8A ngan 9A...pergh.... pastu dari serata ceruk dalam malaysia studentnya. Dari utara ke selatan dari timur ke barat... macam2 perangai ada jumpa kat sini. Masa ni aku hanyalah pelajar biasa kelas pertengahan je (takla pandai sangat dan tak la bengap sangat)... kesimpulan selama 2 tahun kat sini, memang best sangat. Masa ni la aku betul2 belajar dan betul2 enjoy bersama rakan-rakan bilik A-14 dan kelas Luqman. Penasihat homeroom kelas Luqman masa tu cikgu Md. Noh (Last aku dengar jadi GPK HEM kat MRSM Kuantan). Banyak memori kat sini... bukan kat sini je, kat seri jengka pun sama (nanti aku tulis dalam entry lain kalau ada masa ....) pendek cerita...selepas berhempas pulas jadi student MRSM yang masa tu antara 3 MRSM terbaik dalam Malaysia...maka result SPM pun antara yang terbaik juga la.... Cuma kantoi bahasa Inggeris je...lagi sekali salah pemeriksa kertas la ni... macamana aku leh teruk dapat result BI sedangkan masa trial dapat A2. Takpela, dah bukan rezeki kot... baper A yang dapat? Bukan mcm skang ni budak2 leh dapat berbelas2 A. Yang dapat 20A pun ada...aku takdela sampai tahap tu. Tapi masa tu pakai sistem agreggat... brapa agreggat bro? Hmm.... 7 aggregat je... Alhamdulillah... layak untuk sambung blaja kat matrikulasi .... nak pegi oversea masa tu pasal apa tak boleh? Dah dapat result ok patutnya student MRSM senang2 je nak sambung blaja ke oversea... ye la tu... tahun 1997 – 1998 ekonomi negara tgh gawat angkara George Soros ( Tun Mahathir yang cakap)..tapi memang betul pun tengah gawat masa tu....maka, hanya dalam mimpi je la nak pegi oversea.... wa lau weh... panjang la pulok entry aku nih.... nanti la lain kali aku sambung... dah takde mood la pulok.. adios... salam 1Malaysia....