Monday, 14 July 2014

Post 9: 2014.... mid year past already......


 salam 1Malaysia... dan selamat berpuasa....
lama dah rasanya tak merepek dalam ni. tak sangka ada juga yang view blog aku ni. terima kasih la pada mereka2 yang dah view blog yang tak seberapa ni. asalnya blog ni diwujudkan untuk berkongsi benda2 ilmiah... but it turns out to be a place that i let my anger out.... itulah kehidupan.... kita takkan selamanya berada dalam comfort zone.. dan kita memang tak tau apa takdir kita di masa akan datang. apa yang dah jadi memang sudah terjadi... like i said to some fellas... buku pun dah tutup, bukan setakat tutup, dah dibakar dah pun dan abunya dihanyutkan ke Sg. Pahang. tak de dah rasa terkilan, menyesal dan ralat walau sekelumit pun. yang hanya ada cuma rasa dendam yang tidak akan padam.....
apa pun, Allah maha adil..... sebusuk mana hati tu, kalau tidak insaf dan lupa tentang kekuasaan Allah yang menjadikan manusia ni, lama2 hati yang busuk tu, org akan dapat hidu juga... my life's getting better now... ada la beberapa perkara yang blom selesai lagi. umpama macam Hiroshima yang pernah diletupkan dengan bom Atom berkekuatan 16 kilotons of TNT bukan setahun dua nak elok... mungkin bertahun2. takpela..... makhluk Allah yg diceritakan sebelum ni yang bertanggungjawab atas semua ni pun dah kahwin lain dah.... if that psycho read this, know this ya.... i know your game la, Bitch!!! sian kat budak yg tak tau apa tu.... harap dia ada kekuatan kesabaran yang tinggi hidup ngan manusia psycho macam ko!!..... tu je la....
anyway.... banyak perkara yang berlaku lebih setahun ni..... lets flashback in summarize....
mei 2013.... venture out life till sept 2013.... end sept 2013 made my decision to come back to previous school after study leave ends up... although i knew the burden of long distance driving... but, there are many factor that i had considered, the decision is the best call for the time being. oct 2013 sampai cuti sekolah, nothing much happened. well just once went to Jakarta... again.... and end of november 2013, switching to new car... 2.0 la plak kan... hehe. early 2014.... yes.... memang terasa perbezaan.... sangat berbeza bila mula2 masuk ke sini masa 2009. bila dah dapat tugas rasmi dan sebagainya.... kerja takde beza... tapi personal life sgt berbeza. rasa mcm bebas sangat, tiada tekanan yang melampau dari rumah... no fighting and argumentation yg membuatkan aku rasa nak tukar sgt atau sambung belajar mcm sebelum ni... rasa relax... rasa productivity tu lebih la.... lupa plak mention, aku skang secara aktif terlibat dalam politik. walaupun kalah bertanding peringkat AJK Pemuda Bahagian Temerloh, tapi ada mereka yang masih mempercayai kebolehan insan yang macam aku ni... maka aku telah dilantik menjadi AJK yang dilantik.... Alhamdulillah, terima kasih.... cuma.... ok, politik nanti cerita lain la....

tadi ingat nak taip pendek je.... hmmm.... last paragraph... sempena kemenangan pasukan Germany yang aku sokong dari tahun 1994 (20 tahun ya'll) memenangi Piala Dunia ni, aku nak bagi satu kesimpulan.... ini dari pemerhatian dan pengalaman serta pandangan mereka yang senasib dengan aku.... mereka yang membuat kerosakan dalam rumahtangga, akan berkahwin semula terlebih dahulu, dan mereka juga akan cenderung akan mengulangi kesilapan yang sama... sebab orang2 macamni, takkan ada penyesalan dan sebab hidup orang2 yang macamni takde orang lain yang boleh ubah kecuali dengan kuasa Allah swt.... sama ada dapat musibah yang maha dahsyat atau dengan kematian yang tiada rasa insaf.... wallahu a'lam







Sunday, 7 April 2013

Post 8: .... NO MORE INSULTING.....

..... ITS TIME TO FORGIVE AND FORGET......
      ..... WE ARE GETTING OLDER AND THE DEATH ARE AROUND THE CORNER......
            ..... WELL, WHAT GOES AROUND COMES AROUND....
                  ....... MAY ALLAH BLESS US ALL... AMIN.....

Wednesday, 23 January 2013

Post 7: 2013... New Chapter... New Vision





1st entry this year....
Almost 6 month i live my new way of life... umpama burung terbang yang tiada sempadan, tiada sekatan, menyedari betapa tingginya langit, luasnya lautan dan pelbagai peluang dan ancaman.... tidak perlu lagi rasa sakit hati sebab kena maki hamun, kena herdik, kena demoralized, kena jadi emotional punching-bag, diamuk sang wirawati (kononnya) yang dirasuk syaitan kebaranan yang menggila... dan tak perlu lagi nak mengadap kelompok hipokrit yang perasan bagus...... hidup aman tenteram dan sangat indah.... macam lirik lagu Asalkan aku OK- Awi Rafael.

Memang ada beberapa perkara yang masih lagi menyesakkan kepala dan menyenakkan perut.... tapi tak guna nak fikir, tak guna nak lawan orang yang bodoh dan angkuh ni... sudahnya, kita pun sama bodoh dengan dia.... biarkan la "org tu" nak menyalak macam anjing memburukkan orang lain....

Perumpaan melayu ada menyebut "ibarat melepaskan anjing tersepit". Apa signifikannya perumpamaan ni dalam hidup aku? Memang ada, dan itulah yang berlaku dalam hidup aku since 28 Jan 2006 sampai 29 Jun 2012. Maksud perumpamaan " melepaskan anjing tersepit, sudah lepas dia menggigit" secara mudahnya ialah: Menolong orang yang tidak tahu berterima kasih.....

Konteks perumpamaan ini, macam aku cakap tadi sangat dekat dalam hidup aku dan secara peribadi aku nak tambah sket perumpamaan tu... "Ibarat melepaskan anjing tersepit, dah terlepas dijaga dan dipupuk sampai panjang taringnya walaupun ada masanya dia menggigit, sudah tegap taringnya, dikerkah tangan tuannya dengan bantuan saudara anjingnya yang lain untuk melepaskan diri dan berlari-lari lah ia kesana kemari dengan rasa angkuh dan takbur menyalak salakan kemenangan agar bulan pun turut memujinya....." ..... begitu teruk si Anjing tadi.... kalau tuannya kurang sabar, lama dah ditembak mati anjing ini... tapi takpelah, biarkan anjing tu lepas... supaya dia kenal dunia, supaya dia sedar satu hari nanti taringnya akan patah juga dan salakannya tidak bulan pedulikan...... biar la anjing itu pergi kemana saja kesukaan hatinya.....

enough citer about anjing.... apa pun, hidup mesti terus.... apa yg lepas, biar la lepas... tak perlu nak diungkit dan diingat. Apa pun, hidup ini indah ku kata, hidup ini indah lawa... hidup indah ternyata...... Asalkan aku ok, duit dalam kocek, hidup dengan sederhana... keluarga semua ok, masa depan cantik, hidup jauh narkoba dunia.................



Tuesday, 23 October 2012

Post 6: Pengetua Cemerlang yang tidak cemerlang....





entry ini dibuat sememangnya dari emosi dan perasaan tak puas hati yang sangat membara skang ni......

Pengetua Cemerlang (PC) adalah satu jawatan yang sangat diidamkan oleh sesetengah para pendidik yg berjiwa kental, kompeten dari segala aspek pengurusan dan sumber manusia serta yang menjadikan pembentukan modal insan berkualiti adalah objektif utamanya... malangnya, ada juga pendidik yang memiliki kriteria tadi mempunyai ciri-ciri negatif tambahan, tak perlu nak sebut sini...kat bawah nanti ada.... ini menyebabkan, jawatan ini semakin dipandang hina dan jijik.... sepatutnya mereka yg ada ciri-ciri negatif ni ditarik balik gelaran cemerlang tu sebab merosakkan identiti "Pengetua Cemerlang"

ini adalah kesimpulan dari kajian kes secara pemerhatian di sebuah sekolah menengah daerah Temerloh (tak payah sebut sekolah apa) yang mana Pengetua Cemerlang nya adalah seekor Jantan.... mungkin terdapat unsur2 bias...well... what the hell.....

didapati, pengetua cemerlang di sekolah ini tidak cemerlang mana kerana:

1) Menggunakan guru perempuan yg sudah berkahwin bertugas di luar hari kerja (bertugas semasa cuti)
Ulasan: sepatutnya sebagai PC kena dapatkan kebenaran suami pada guru2 perempuan ni tadi untuk diberi kebenaran dari si suami bertugas di hari cuti. cikgu bujang perempuan kan ramai tak kahwin yang tak perlu ada kebenaran pun... bagi je la diorang bertugas masa cuti.... Apa masalahnya? masalahnya kalau PC lelaki akan mudah cair dengan pujukan dan lentokan cikgu2 bujang ni tadi... kalau ada PC lembut mcmni la... memang tak layak langsung la jadi PC....bias gender ni sepatutnya dihapuskan!!!

2) Meluluskan Cuti Rehat Khas (CRK) pada cikgu2 yang mengampu dan kuat membodek..istilah skang di panggil Kroni/barua Pengetua.
Ulasan: kalau barua nak CRK senang je lulus, yang bukan barua ni, macam2 hujah diberi..CRK hak pengetua bukan cikgu la, xbleh amik CRK sesuka hati la, siang kat cikgu yang masuk relief la dan bagai2 lagi hujah... tapi kalau barua, CRK 2 hari sekaligus, xde byk tanya lulus terus.. dah la lulus dua hari cuti, ada yg buat dua kali setahun pun lulus jugak.... alasan rumah tangga la, nak beli rumah kat Ipoh la (kalau barua tu kampungnya kat Ipoh)....Sepatutnya sebagai PC kena adil pada semua guru... kalau masih mengamalkan kronisme atas alasan cikgu ni bagus buat keje, sangat tak patut la.... sebagai PC, dia kena jadikan semua guru bagus bekerja, bukan hanya segelintir dijadikan anak emas... tambah plak anak emas tu cikgu baru bercerai (janda)... anak emas ke atau nak dijadikan bini emas.... haih, buat malu je.

3) Bias dalam tindakan memberi amaran
Ulasan: kalau kroni report cikgu tu tak btol cikgu ni tak betul... terus bagi warning... takde nak siasat pun... contohnya kalau ada kroni/barua/gundik emas pengetua ni pakai ketat/menjolok mata kat sekolah, ada la cikgu tegur kroni ni td.... si barua ni pun merepot la kat pengetua sebab kena tegur pakai ketat.... sepatutnya sebagai pengetua muslim, ko tu tegurla cikgu yg pakai ketat tu tadi, bukan pegi panggil cikgu yg tegur barua ko tadi pasti saound pasal kerja plak. dah pakai ketat menimbulkan aurat tu pun dah tak betul...warning org yg menegur tu tadi lagi la tak betulnya...bangang ke apa buat keje mcm tu.....

4) Mencampuri urusan pribadi guru yg ada masalah rumahtangga...
Ulasan: sebagai boss, kerja is kerja..hal peribadi lepas abis kerja.... kalau rasa simpati, buat la cara berhemah. bagi sokongan atau nasihat yg membina... bukan bg chance barua keluar sekolah sesuka hati dengan alasan nak selesaikan hal rumah tangga.... kalau boleh baiki rumah tangga kawan tu takpe, ini lagi hancur ada la. contohnya, ada la barua yg citer masalah rumahtangga... PC ni pun kesian, simpati dlam masa yg sama bukan nak bagi nasihat positif... tapi lagi menjahanam ada.... agaknya dia fikir, kalau dah bercerai nanti lg senang nak peras barua ni kerja... dia x payah nak mintak izin suami dah....silap2 hb bleh jadi bini no.2 plak nanti.... Puih!!! pegi mampos la ko...

buat masa ni.... 4 variable ni je la yg dikaji.... mungkin ada kajian lain lepas ni.... kesimpulannya, 4 ciri ni pun dah cukup menggambarkan betapa tidak profesional nya seorang PC ni. sungguh memalukan... baik dilucutkan sahaja title "cemerlang" tu tadi.... sebagai penjawat awam yang diiktiraf kecemerlangannya.... sikap dan tindakan perlu wajar dan selaras dengan kehendak agama...bukan menggunakan perintah am dan pekeliling semata-mata untuk memuaskan nafsu mengejar pangkat dan dunia... dan janda orang...  pada aku, pengetua jenis mcm ni elok dikategorikan sebagai "penyetua".... sembelih kasi mampos je lagi baik dari merosakkan title "Pengetua Cemerlang" yang sangat berprestij ..... adios...





 

Saturday, 7 July 2012

Post 5:.........after a while

It's been a very long period of time since i post something here.... a lots of thing happened this past a few month... and its really give me something meaningful bout how life can be so much significant if doing something extreme... and now i'm live with it..... i thing for sure right now, i am really miss my sons... Mohamad Irfan Hazeeq, Mohamad Imran Haykal and Mohamad Irsyad Helmi... forgive me my sons because i couldn't do anything within my ability to give you all as much love as a Father can give to their sons because of some obstacles and threat and the concrete reason is because your mother make this situation really complicated... but know this... i always pray..always ...always pray for your safety, happiness and someday i wish both of you can be a better person than me....... always pray that you all don't have the ugliest behavior like your mother's side family ugly attitude that can for sure ruined your life and hated by others (shamed on them...May Allah give them Hidayah and the pathway to realize their fault and mistake before they died).
.... Oh Allah... please help my helpless child... only You can give them the way to find the Ultimate Truth and only You ya Allah can save them and make them as a soleh child..... Amin


Really miss you all............ :(

Sunday, 1 April 2012

Post 4: Kecacatan Matapelajaran Vokasional – Hiasan Dalaman Asas, berdasarkan Prinsip Pendidikan Vokasional Melvin D. Miller (Part 1)

Model Susun atur perabut pelajar MPVHDA SMJ 2011

  Dah lama aku nak tulis benda ni, tapi takde kesempatan...Walaupun dah nak berkubur dah subjek ni, aku nak tulis jugak isi hati aku yang terbuku lama dah ni.... Ini adalah pandangan peribadi aku sebagai seorang guru Mata Pelajaran Vokasional (MPV) Hiasan Dalaman Asas (HDA) selama 7 tahun dan telah mengajar di 2 buah sekolah yang berbeza dari segi pentadbiran, persekitaran dan kemudahan logistik dan material... di ulang, THIS IS ONLY MY PERSONAL POINT OF VIEW...ok!
  Sebelum aku merepek dengan lebih lanjut, a little bit intro bout this subject, MPV Hiasan Dalaman Asas mula diperkenalkan di sekolah2 harian akademik bermula tahun 2004 secara berperingkat hingga ke tahun 2010. Guru2 yang diberi latihan secara spesifik untuk subjek ni hanya 2 batch KPLI di Maktab Perguruan Teknik (2003 dan 2004) lepas tu terus takdak...dan kebanyakan mereka tiada asas langsung mengenai Interior Design or Interior Architecture or Interior Decor itself sebelum masuk KPLI ni...berapa ketul je yang ada basic dan yang pernah involve dalam bidang ni sebelum tu, termasuk la aku...
  Ada 13 Modul yang terkandung dalam subjek ini yang perlu dikuasai pelajar dari kemahiran memasang dan membina kemasan lantai, dinding, siling, aksesori dekorasi dan keusahawanan. Ok... faham dah? Secara general ye.. detail about this subject i will post it later if i have time...
  Baik.. dalam melaksanakan pendidikan vokasional (PV)dimana jua dalam dunia yang fana ni ada prinsip... prinsip yang menjadi panduan dalam pelaksanaan PV antaranya yang diilhamkan oleh Melvin D. Miller, melalui hasil tulisannya, PRINCIPLES AND PHILOSOPHY FOR VOCATIONAL EDUCATION (1984), bleh download buku dia kat sini:- http://www.eric.ed.gov/ERICWebPortal/search/detailmini.jsp?_nfpb=true&_&ERICExtSearch_SearchValue_0=ED250497&ERICExtSearch_SearchType_0=no&accno=ED250497   
(DAH DOWNLOAD... BACA DAN PAHAM..BUKAN BUAT KOLEKSI PDF DALAM LAPTOP PLAK..)

Menurut Miller (1984), ada 3 prinsip dalam PV

1.       Prinsip dan Manusia
2.       Prinsip dan Program
3.       Prinsip dan Proses

Aku taknak bincang pasal prinsip2 ni... Tuan2 dan Puan2 boleh baca sendiri kalau rajin... apa yang aku nak tulis ni macam tajuk post kat atas tu... DEFECT or what is wrong? U dig...what is wrong base on those principles....

1.       PRINSIP DAN MANUSIA

1.1    Bimbingan dan kaunseling kerjaya
Hmmm...  Miller (1984) menyatakan, bimbingan vokasional merangkumi  semua peringkat yang memberi petunjuk kepada keberkesanan vokasional. Perancangan sempurna meliputi peluang mendapatkan pengalaman pekerjaan, MEMBUAT PILIHAN VOKASIONAL, menyedia pilihan kerja, pengambilan guna tenaga kerja mengikut bidang, membuat pelarasan semula mengikut bidang dan BERSEDIA UNTUK PERUBAHAN DAN KEMAJUAN. O’Doherty & Chamberlain (1969) said, KAUNSELOR memainkan peranan penting atas prinsip kaunselor seorang pendidik dengan latihan yang special dimana peranannya boleh dilihat melalui perubahan budaya dan lebih memahami maksud pendidikan... so, what happened in Sekolah Menengah Harian  yang menawarkan MPV? Guru MPV tu la kaunselornya..kaunselor sedia ada? Takleh harap.... tak membantu langsung malah tak de inisiatif langsung nak cari info pasal PV dan future career pasal PV ni... contoh mudah, patutnya awal  sesi persekolahan, sepatutnya pelajar ting. 4 diberi taklimat berkenaan subjek dan aliran, dan kaunselor yang sepatutnya organize program orientasi pelajar Form 4 ni...pelajar diberi kebebasan memilih aliran mana berdasarkan minat dan kebolehan...bukan ikut kawan... tapi ada sekolah yang BENGAP (tak tau la samada pentadbir atau kaunselor yang bengap..TERMASUK LA PENYELARAS TING. 4 pun bengap sama..) siap sudah bagi pelajar ikut kelas..what the hell?? Akibatnya...budak2 masuk MPV semuanya yang all “E”ngland tak pun All “F”inland... bila guru MPV ni berkeras minta buat taklimat, baru la terkocoh2 nak buat dan akhirnya, kena redha la dengan pelajar yang ada... dan bertambah la beban guru MPV ni tadi untuk membina “minat” pelajar2 yang kategori kalau tahap SRP ni, mampos takleh naik tingkatan 4. Prosser state that Vocational Education will be effective  if can only given to the selected group of individuals who NEED IT, WANT IT and are ABLE to profit by it(Prosser, as cited in Camp & Hillison, 1984) so, what is wrong here? .. jawapan aku senang... KAUNSELOR TAK FAHAM PV, PENTADBIR PUN SAMA BENGAP TAK FAHAM PV NI JUGAK!

    1.2   Pembelajaran Seumur Hidup
Dah kaunselor tak berfungsi nak pembelajaran seumur hidup kejadah apanye...  Guru MPV jugak la yang terpaksa tanya kawan2 sealiran mana la budak2 dia nak sambung blaja atau pegi mana kursus2 kemahiran supaya kemahiran yang diperolehi tidak terkubur begitu sahaja malah boleh digilap di pusat2 kemahiran yang lain. Guru MPV jugakla yang bagi motivasi pada pelajar2 untuk sambung belajar memantapkan dan mengasah kemahirang ke peringkat yang lebih tinggi...Realitinya, aku sedih bila melihat bekas2 pelajar MPV yang dapat result cemerlang subjek MPV tak dapat/tak nak sambung belajar, mungkin ada banyak sebab tersendiri, tapi perkara ni bukan  perkara kecil. Bahkan ada kajian yang sedang berjalan bagi mengenalpasti mana bekas2 pelajar ni bekerja/belajar sekarang... kalau bekas pelajar ni bekerja/belajar lain daripada bidang MPV di sekolah, kenapa bleh jadi macam tu? Apa sebabnya?What is wrong here?  jawapan aku senang, PELAJAR NI TAK DAPAT INFO YANG SEPATUTNYA MENGENAI CAREER DEVELOPMENT IN VOCATIONAL EDUCATION....

1.3  Keperluan Komuniti ditunjukkan melalui program 
     pendidikan vokasional
MPV Hiasan dalaman asas sesuai dibuka di kawasan penempatan besar (taraf Majlis Perbandaran/ Majlis Bandaran/ Dewan Bandaraya) dimana masyarakat setempat  tidak asing dengan istilah kerjaya perekabentuk dalaman/juruhias dalaman/kontraktor hiasan dalaman... bukan dekat tempat yang dikategorikan luar bandar atau hulu atau taraf Majlis Daerah... bukan nak menghina... tapi prinsipnya macam tu. Bila buka ditempat yang tak sesuai, banyak masalah yang antaranya ibu bapa pelajar tak tau ape benda pun hiasan dalaman ni... sepatutnya ada taklimat kepada ibu bapa berkenaan subjek ni, tapi ada setengah sekolah luar bandar yang tawarkan subjek ni tak buat pun taklimat ni sebab pada mereka perkara taklimat ni tak penting pun dan membazir je.. ye la, kalau dah panggil parent kena la kluar duit makan minum sket..takkan parent datang kosong je...kedekut sangat nak keluar duit PIBG.. tapi keluar duit beli pasu mahal bleh plak... kalau ada yang buat pun, yang separuh mati panggil parent takde orang lain dah... guru MPV jugak... so what is wrong here? Jawapan aku... silapnya dari awal, pihak yang ada power untuk buka subjek ni tak buat kajian langsung pasal kehendak komuniti setempat... balanya bila buka, sekolah yang menanggung azab cari bahan untuk latihan amali adalah Guru MPV. So, salahnya tak lain dan tak bukan jatuh pada PENGETUA yang gatal sangat nak buka MPV tapi tak tau pun MPV tu benda apa....

    1.4   Terbuka untuk semua
Pendidikan Vokasional  menyediakan peluang kepada semua individu untuk mendapatkan latihan vokasional dan latihan semula yang bersesuaian dengan keperluan, minat dan kebolehan mereka (Miller, 1984). Dalam konteks PV melalui MPV plak, yang pentadbir sekolah faham... semua pelajar kategori hujung nyawa dan drop-out adalah selayaknya masuk kelas MPV... dah VOKASIONAL tu budak yang tak reti baca ngan mengira la.. hello..!! apa ni? Takkan la nak kira jubin lantai budak2 ni kena susun jubin satu2 sampai penuh bilik baru tau jumlahnya... gila la kalau macam tu...ada cara kira dan cara kerjanya. Dah kalau tak bleh mengira, kejadah apa masuk MPV HDA. Hiasan dalaman kena tau tafsir pelan...kalau tak tau baca, mcmana nak buat ayat spesifikasi bahan. Tu belum suh lukis pelan lantai... adoi, sakit jiwa tengok. Sebab tu la kena saring pelajar yang masuk MPV HDA ni. Kalau bengap sangat tapi tak minat, tak boleh jugak. Kalau bengap dan minat, insya Allah boleh berubah dan senang nak polish...What is wrong here? ...Pentadbir khususnya kena faham prinsip pendidikan vokasional dan stigma vokasional untuk kelas hujung perlu dikikis... bukan untuk kelas hujung, tapi untuk yang berminat..BERMINAT!  Kelas hujung tapi minat, that is most welcome... Macamana nak tau berminat ke tak? Ape bodoh punya soalan, banyakkan program pendedahan berkenaan vokasional di sekolah...bukan asyik buat jamuan makan ngan ceramah bina insan je. Senarionya, ceramah selalu buat, tapi budak jahanam jugak... mana silapnya? Yang ni aku taknak jawab..takde kaitan ngan post ni.

   1.5   Pekerjaan Masa depan tanggungjawab PV
Menyediakan pelajar untuk pekerjaan adalah tujuan utama PV. Membantu merancang penempatan pekerjaan kepada pelajar.... aaaa... kalau menyambung pelajaran memang ada prospek. Pelajar ada hala tuju yang jelas kalau guru MPV bagitau apa tujuan dan objektif subjek. Masalahnya, kalau dah bagi yang lemah sangat akademik pun susah juga. Dah la akademik lemah, sahsiah pun teruk, memang betul2 cabaran. What’s wrong? Persekitaran akademik yang tak vocational-friendly especially bagi subject academic yang lain mencacatkan prinsip ni. Fenomena yang berlaku di sekolah menengah harian biasa, pencapaian akademik sangat diutamakan especially pelaja2 kelas pandai. Macam2 strategi untuk menjana keputusan cemerlang di laksanakan di kelas ni. Kelas MPV? Strategi setakat lulus je...ala, budak2 ni takde masa depan dah.... sedih sungguh....

    1.6   Bias terhadap jantina dihapuskan
Agak menyedihkan bila ada kelas HDA yang taknak ambil pelajar perempuan. Memang subjek ni agak berat untuk pelajar perempuan, tapi ada yang berminat... bukan sebab minat pada cikgunya, tapi sebab ada antara mereka yang nampak prospek HDA ni. Walaupun dalam malaysia ni Interior Designer famous ramai lelaki, tapi cikgu HDA ramai perempuan.. hehe. Cuma alasan pelajar perempuan tak leh bawak subjek ni agak tidak konkrit. Banyak andaian berkenaan bias gender ni, tapi memang berlaku dalam HDA. Whats wrong with this? Guru MPV kena hayati prinsip2 pendidikan vokasional. Kalau tak, pegi la ngajar subjek lain...senang cerita kan....jangan diskriminasi pelajar perempuan atau yang terlebih hormon perempuan.

    1.7   Keperluan Pendidikan Khas dalam PV
Untuk prinsip ni, pelajar keperluan khas yang sesuai mengambil subjek ni adalah dari kalangan slow-learner, pekak dan bisu. Yang OKU lain, memang tak sesuai. Tapi masalahnya...dalam modul, takde cerita pun pasal macamana nak handle slow-learner  or OKU yang sesuai ambil subjek ni sebab memang takde guru2 MPV yang diberi latihan yang spesifik untuk deal ngan OKU. What’s wrong? Memang MPV HDA tak berpegang pada prinsip Pendidikan Vokasional.. my POV, penggubal subjek ni tidak menghayati sepenuhnya prinsip ni. Habis tu, macamana diorang bleh gubal dan design subjek ni? Entah la bro.... diorang belajar tak abis kot... yang sakit jiwanya, guru MPV la kalau dapat golongan ni masuk dalam kelas, biasanya slow learner. Pekak ngan bisu tak penah dengar lagi ada dalam kelas MPV HDA, yang buat2 pekak ramaila....kena sabar banyak..sabar ye sabar..sabar itu separuh dari iman.....tak sabar kalu, jadi blogger..tak susah...nak susah lagi, pi sambung buat Master  fulltime...

    1.8   Organisasi Pelajar
Peringkat lebih tinggi perlu ada ni, tujuaannya melatih pelajar dalam aspek pengurusan organisasi dan secara langsung mengasah bakat kepimpinan. Peringkat sekolah plak, bagi peluang la jadi pengawas ke apa ke... tak dinafikan dalam kelas MPV memang ada organisasi macam kelas biasa. Tapi, semuanya kena push macam tukul ngan pahat,sekali ketuk, sekali jalan dan untuk komuniti MPV yang kecil, kegiatan organisasi tertumpu kepada aktiviti kurikulum sahaja. Seharusnya pelajar MPV digalakkan untuk aktif dalam kegiatan ko-kurikulum dan badan kepimpinan pelajar seperti pengawas contohnya. Memang ada pelajar yang terserlah bakat kepimpinan bila diorg join pengawas, persatuan, unit uniform dan sukan. Dan galakkan ini seharusnya konsisten. Memang terbukti, kebanyakan pelajar yang aktif ko-kurikulum tidak cemerlang sangat dalam akademik. Bukan sebab mereka bengap tapi sebab faktor kelemahan mereka sendiri, iaitu malas belajar subjek akademik. So, what’s wrong? Perspektif guru hanya pada kurikulum dan pentaksiran MPV yang jumud sahaja. Takde perkembangan luaran yang lebih positif untuk menggilap bakat kepimpinan pelajar. Apa masalahnya kalau wujudkan persatuan atau kelab MPV contahnya kelab Dekorasi Dalaman ke Kelab Dekor2 Bersama Cikgu Ramli ke... it’s all about creativity. Ini tidak, duduk la dalam kelompok MPV tu..dah la bengkel jauh, jadi macam kera sumbang pun ye jugak.

    1.9  Tenaga Pengajar Pendidikan Vokasional yang       
         Profesional dan Berkompetensi Teknikal
Sepatutnya guru2 MPV diberi kursus peningkatan sebab.... tak semua pernah ada pengalaman dalam bidang ni. Cuba tanya konsep interior design, sebagai contoh, apa dia  Victorian style? Art Nouveau? Art Deco? Post-Modernism?GothicStyle? Deconstructivsm? dan bagai2 lagi  ...confirm ada yang kantoi... semua main refer majalah Anjung Seri, Impiana dan macam2 majalah lagi kat pasaran. Tu baru cerita konsep, belum masuk bab falsafah ke aliran ke prinsip dalam ID ni. Lain2 kemahiran teknikal? Hmmm rujuk modul pembelajaran je la... buat apa nak kusut kepala...so, adakah tenaga pengajar ini profesional dan berkompetensi Teknikal? NOT 100% of them are competent.. jangan marah eh...  tu belum cerita pasal kendalian alat dan mesin, prosedur kerja betul pemasangan dan pembinaan... ada yang main hentam je, asalkan jadi, sudah la.... pergh... What’s wrong? Takde pendedahan dari pihak yang sepatutnya bagi pendedahan dan latihan peningkatan pada guru2 MPV ni...so, the idea stuck kat situ je. Terpaksa la diorang study sendiri kalau mana yang rajin study... memang bagus kalau buat sesuatu perkara berulang2 dan menjadikan kita pakar dalam perkara tu, tapi kalau buat benda yang sama 7 ke 8 tahun ke 10 tahun ke tanpa pembaharuan dan pemurnian...boring wooo... benda plak dah outdated... buat kena kutuk je...Guru adalah pelaksana terpenting di peringkat sekolah. Guru yang baik bukan sahaja menjadi guru yang berkesan tetapi membina kompetensi, menguasai teknik dan memiliki pengetahuan sebenar (Christopher, 1999)

    1.10 Etika Kerja Positif Melalui Pendidikan Vokasional
Antara objektif MPV HDA generally melahirkan pelajar yang ada employability skill. Amat mencabar sebenarnya untuk membentuk skill ni kepada pelajar2 yang berada di kelas MPV bukan sebab minat. Dan untuk memupuk minat, kebijaksanaan sangat diperlukan dalam mengendalikan pelajar2 ni... dan kebijaksanaan ini juga tidak di ambil peduli oleh pihak lain, terutama pentadbir. Guru MPV sangat terkenal dengan etika kerja yang positif sampai tahap, pelajar yang berpenyakit ponteng sekolah, suka datang sekolah pada hari yang ada MPV, kalau betul cara tuning pelajar ni. Tapi, cikgu Matematik yang 2 kali dapat APC gagal nak buat macamni... hari yang ada matematik, kelas MPV terang je terutama kalau dekat2 dengan Trial SPM. Selain pada tu, antara keunikan guru MPV, boleh mengawal pelajar2nya yang ada diantaranya dikategorikan oleh guru2 lain sebagai GANAS,BUAS, LIAR dan apa2 perkataan yang sewaktu dengannya. Masuk bengkel MPV, tau je nak disiplinkan diri. Kelas subjek lain? Entahla...macam2 cerita dengar. What’s wrong? In MPV class, takde masalah dalam melahirkan etika kerja positif sebab memang kritikal elemen benda ni, dan memang di ajar dalam kelas. Tapi pembudayaan etika ini tidak 100% dihayati pelajar bila abis masa MPV sebab..... Deme Pikirla sendiri.... koi maleh dah nak taip nih.....
(bersambung di post yang akan datang...)

References:
Camp, W.G. & Hillison, J.H. (1984). Prosser’s sixteen theorems: Time for reconsideration. Journal of Vocational and Technical Education, 1(1), pg 13-20.

Day, C. (1999). Developing Teachers: The Challengers of Lifelong Learning. Hong Kong: Graphicraft Limited.

Miller, M.D. (1984). Principles and A Philosophy for Vocational Education. The National Center for Research In Vovational Education, Special Publication Series No. 48

O’Doherty, P.E., & Chamberlain, J. (1969). Vocational Guidance. Emerald Journal Article, Volume: 11 Issue: 11


1st Batch SPM 2006

Batch SPM 2011.. will be  my last group of students..? time will tell...

Monday, 27 February 2012

Post 3: Hobi yang di rindui... membela arnab...

Mix Lionhead and Hotut

Dalam banyak2 hobi yang pernah aku teroka dan cuba, hobi membela arnab la yang paling aku suka sgt. Dah lama tinggal hobi ni sejak arnab last mati kena langgar.. kalau tak silap disember 2010. Lepas tu aku fedup trus nak bela arnab…mungkin sebab frust tapi sebab utamanya tahun 2011 aku sibuk dengan kerja..(target nak dapat APC la kononnya ni…tapi cam biasa..takde rejeki) .. Apa yang menariknya bela arnab ni? Yang pastinya dapat menghilangkan tekanan dan rasa seronok tgk arnab2 tu lari kesana kemari dalam reban yang aku ngan adik ipar aku buat (thanks Onie)..adik aku, abg de…tolong tgk je… kira tima kasih jugak la tu walaupun tolong tgk je… mcmana aku leh bela arnab ni… kalu tak silap masa tu cuti sekolah tahun 2009.. aku balik ipoh tgk ada arnab putih mata merah… pak mertua aku bela untuk cucunya.. mcm seronok je tgk arnab tu kan… comel je… aku plak mmg suka sangat dengan binatang berbulu ni, tapi takleh bela kucing kat rumah sebab bini aku tak suka kucing (haih…) tapi ngan arnab ok… jadi, lepas bincang laki bini, aku tengok anak aku pun seronok tengok arnab ni…aku pun survey la sekitar ipoh… jumpa la kedai pet shop yang ada jual arnab… beli la 2 ekor baka arnab biasa (sekor warna coklat – Nama Jack, sekor warna hitam putih – nama Kudud)… sebab apa nama kudud..sebab mula2 aku beli kecik je mcm tak cukup zat…. Bawa balik ke temerloh dari Ipoh tu…. Masa tu aku duk ngan mak aku lagi..jadinya arnab2 tu bermastautin kat rumah mak aku la… walaupun penat balik skolah sebab jauh..tp bila tgk arnab2 tu…rasa ilang penat… kudud tak jinak sgt…Jack jinak..kudud kalu lepas dari sangkar siap la puas kena kejar kalau nak tangkap semula…. Dari kecik umur dalam 2 bulan arnab tu makin besar….sekali ntah macamana selepas beberapa siri hujan lebat..arnab dua ekor tu mati tetiba… aduyaaii.. sakit jiwa menengoknya…  aku pun post-morterm pasal apa arnab aku mati… selidik punya selidik rupanya mungkin mati sebab sejuk… sebab kandang kecik je … tu pun yang arwah Abah beli dulu zaman bila ntah… 

Kudud RIP
Jack RIP
 Masa ni tak give up lg bela arnab…. Aku pun pegila pet-shop kat temerloh survey kalau ada arnab..rupanya memang ada… baka baik plak tu. Kacuk hotut+looped-ear … rabak duit RM150 beli sepasang…memang comel..warna kelabu  (looped-ear) dan putih (hotut+looped ear)…untuk mengelakkan mati sebab sejuk, aku modified reban ayam arwah abah… minor modified je… sebab plan nak buat reban yang selesa sikit…semangat nak bela arnab punya pasal, aku beli la kayu kayan buat reban tinggi…belum reban siap, arnab kelabu aku kena curi la plak, (masa tu tak budget ada pencuri arnab kat area ni..jadi reban tak berkunci la…)..bengang btol aku.. dah la arnab yang aku sayang plak tu kena curi… mula syak musang punya keje..tapi bila tengok kesan..ni musang kaki dua berjambul itam punya keje ni… maka, tinggal la sekor arnab aku tu… yang aku beri nama Puteh. Baru tgh semangat nak cari pengganti partner putih, kena pegi kursus Asas Pegawai PKBM plak kat ipoh.. duduk la si puteh sekor2 selama 4 minggu dalam reban baru yg aku buat…balik dari kursus, aku survey lg cari arnab untuk partner putih..dapat la sekor baka pelik yang ada jambul kat atas kepala. Mulanya aku tak tau baka apa ni dan tak tau jantina..cina pet-shop tu cakap jantan..aku percaya je la…. Aku bg nama jambul…  ada la 2 ekor arnab aku masa tu… lepas mak aku bising sebab reban arnab dekat depan rumah (pencemaran bau dan penglihatan+hari2 kena basuh sisa buangan arnab) aku alih reban tu ke belakang dekat dengan reban ayam yang dah di modified… time kering duduk la dalam reban ayam tu… time basah, alih ke reban tinggi.
 

Early settler.. Puteh and Jambul

Fort Bunnies completed
Satu lagi faktor kenapa kena alih reban tu, ada org cakap, arnab ni kalau lepas atas tanah cepat membiak..so, aku pun try la… dalam pada menunggu hasil perkahwinan arnab aku tu..aku terjumpa baka looped-ear kaler hitam… untuk memeriahkan lagi komuniti arnab aku tu, aku pun beli la..namanya Burok..sebab muka dia mcm pelik sikit… Tokey pet-shop cakap betina, sekali bila dah besar… ada biji plak.. besar plak tu.. rupanya jantan (bakal jadi jantan Alpha ni..)…penantian lepas seminggu ke sebulan lepas sebulan ke 2 bulan..puteh tak bunting lagi…aku mula la fedup pasal apa arnab aku tak membiak…. Tapi aku perasan badan Puteh mcm berasi sikit… entah macamana ada satu hari dalam bulan 4 tu aku tergerak hati nak alihkan puteh ke reban tinggi..saje asingkn dari laki dia… tetiba pagi esoknya… ternampak bulu bertaburan di bawah reban tinggi..dan..tu dia, Puteh ada baby dah…5 ekor baby masa tu merah2 lagi… motivasi bela arnab trus melonjak..

The Name is Burok...
1st Batch
...and the rest... bulu Puteh dah tukar warna sebab kerap beranak
Memang memenatkan nak jaga baby bunny ni… sebab terpaksa pisahkan ibu ngan anak sebab dari pengamatan dan pengalaman, kalau biar anak ngan ibu sekali, mmg mati kelaparan la baby arnab tu sebab ibunya tak reti menyusukan anak (bukan arnab liar ye….) setiap hari kena tangkap ibu arnab ni tadi sumbat dalam kotak yg ada baby dia..pegang jangan bagi lari…dan biarkan anaknya mencari sendiri putting susu dan mnyusu la sampai kenyang…proses..2 minggu. Bila dah ada bulu dan mata baby bunny ni dah buka..barula bagi semula pada ibu dia ..tapi takleh campur ngan arnab lain… bila dah sebulan.. baru la campurkan dia ngan arnab2 lain.. meriah jugak la bela arnab masa ni… yg hidup pun banyak.. yang mati pun banyak jugak…. Jantina arnab ni lepas 2 bulan baru tau jantan ka betina ka… kalau jantan, dia dah mula bergadoh sama2 jantan..kena asingkan atau jual ke buat lauk ke…. Kalu tak… alamatnya, berlobang la telinga arnab tu koyak mulut ke luka sana sini ke sebab bergaduh… kalau reban atas tanah.. memang kena bersihkan selalu (ni la yang paling leceh).. kalau biar lama2 taik dia bertimbun…confirm penyakit lain pun datang… 

after 3 weeks

baka jenis lionhead

kos pallet arnab kat Temerloh sangat mahal...

some of them....

Lionhead + Looped-ear ..?
Masa aku bela arnab ni, Alhamdulillah arnab2 ni takde kena penyakit kulit ke sawan ke demam ke… Cuma keracunan makanan yang mengakibatkan banyak yang terkorban… (silap letak rumput yang ada racun…aduuu) kena plak bulan puasa tu…stakat 2 ekor bleh la tanam.. kalau hari2 ada yang mati… tak daya dah nak gali lubang….. rupanya, arnab betina tak bleh beranak selalu.. pengajaran berguna kepada aku…  Akhirnya Puteh mati sebab jangkitan kuman bersama babynya sebab selalu sangat beranak… sayang sungguh…. Disebabkan banyak arnab yang mati... aku mula give up dalam bela arnab ni.. frust jugak bila dah banyak...siap jual murah lagi tu kat orang lain... sekali banyak pulak yang mati... so, aku fikir nak restart semula breeding arnab2 ni... yang mana tinggal, sembelih jadi lauk..yang bagi orang pun ada... sekali, baka induk mati plak kena langgar... hmmm... tutup buku trus masa tu.... reban skang jadi stor..reban satu lagi tu bagi Mak Ngah buat reban kucing.. hehe... 

Burok... RIP
Tapi.... aku memang berminat sangat nak bela arnab semula.. Ia adalah satu terapi yang sangat berkesan sebenarnya.... Takpela, tunggu kalau ada masa dan ruang memang aku akan bela lagi sekali , cuma sebab skang ni tgh sibuk blaja....dan mungkin lepas abis master ni aku kena balik semula mengajar di Jerantut... kalau dapat tukar sini... mungkin aku akan start bela atau kalau dah mula collect data tesis aku, lagi cepat aku start bela arnab semula .... tengoklah nanti mcmana....adios for now