Tuesday, 23 October 2012

Post 6: Pengetua Cemerlang yang tidak cemerlang....





entry ini dibuat sememangnya dari emosi dan perasaan tak puas hati yang sangat membara skang ni......

Pengetua Cemerlang (PC) adalah satu jawatan yang sangat diidamkan oleh sesetengah para pendidik yg berjiwa kental, kompeten dari segala aspek pengurusan dan sumber manusia serta yang menjadikan pembentukan modal insan berkualiti adalah objektif utamanya... malangnya, ada juga pendidik yang memiliki kriteria tadi mempunyai ciri-ciri negatif tambahan, tak perlu nak sebut sini...kat bawah nanti ada.... ini menyebabkan, jawatan ini semakin dipandang hina dan jijik.... sepatutnya mereka yg ada ciri-ciri negatif ni ditarik balik gelaran cemerlang tu sebab merosakkan identiti "Pengetua Cemerlang"

ini adalah kesimpulan dari kajian kes secara pemerhatian di sebuah sekolah menengah daerah Temerloh (tak payah sebut sekolah apa) yang mana Pengetua Cemerlang nya adalah seekor Jantan.... mungkin terdapat unsur2 bias...well... what the hell.....

didapati, pengetua cemerlang di sekolah ini tidak cemerlang mana kerana:

1) Menggunakan guru perempuan yg sudah berkahwin bertugas di luar hari kerja (bertugas semasa cuti)
Ulasan: sepatutnya sebagai PC kena dapatkan kebenaran suami pada guru2 perempuan ni tadi untuk diberi kebenaran dari si suami bertugas di hari cuti. cikgu bujang perempuan kan ramai tak kahwin yang tak perlu ada kebenaran pun... bagi je la diorang bertugas masa cuti.... Apa masalahnya? masalahnya kalau PC lelaki akan mudah cair dengan pujukan dan lentokan cikgu2 bujang ni tadi... kalau ada PC lembut mcmni la... memang tak layak langsung la jadi PC....bias gender ni sepatutnya dihapuskan!!!

2) Meluluskan Cuti Rehat Khas (CRK) pada cikgu2 yang mengampu dan kuat membodek..istilah skang di panggil Kroni/barua Pengetua.
Ulasan: kalau barua nak CRK senang je lulus, yang bukan barua ni, macam2 hujah diberi..CRK hak pengetua bukan cikgu la, xbleh amik CRK sesuka hati la, siang kat cikgu yang masuk relief la dan bagai2 lagi hujah... tapi kalau barua, CRK 2 hari sekaligus, xde byk tanya lulus terus.. dah la lulus dua hari cuti, ada yg buat dua kali setahun pun lulus jugak.... alasan rumah tangga la, nak beli rumah kat Ipoh la (kalau barua tu kampungnya kat Ipoh)....Sepatutnya sebagai PC kena adil pada semua guru... kalau masih mengamalkan kronisme atas alasan cikgu ni bagus buat keje, sangat tak patut la.... sebagai PC, dia kena jadikan semua guru bagus bekerja, bukan hanya segelintir dijadikan anak emas... tambah plak anak emas tu cikgu baru bercerai (janda)... anak emas ke atau nak dijadikan bini emas.... haih, buat malu je.

3) Bias dalam tindakan memberi amaran
Ulasan: kalau kroni report cikgu tu tak btol cikgu ni tak betul... terus bagi warning... takde nak siasat pun... contohnya kalau ada kroni/barua/gundik emas pengetua ni pakai ketat/menjolok mata kat sekolah, ada la cikgu tegur kroni ni td.... si barua ni pun merepot la kat pengetua sebab kena tegur pakai ketat.... sepatutnya sebagai pengetua muslim, ko tu tegurla cikgu yg pakai ketat tu tadi, bukan pegi panggil cikgu yg tegur barua ko tadi pasti saound pasal kerja plak. dah pakai ketat menimbulkan aurat tu pun dah tak betul...warning org yg menegur tu tadi lagi la tak betulnya...bangang ke apa buat keje mcm tu.....

4) Mencampuri urusan pribadi guru yg ada masalah rumahtangga...
Ulasan: sebagai boss, kerja is kerja..hal peribadi lepas abis kerja.... kalau rasa simpati, buat la cara berhemah. bagi sokongan atau nasihat yg membina... bukan bg chance barua keluar sekolah sesuka hati dengan alasan nak selesaikan hal rumah tangga.... kalau boleh baiki rumah tangga kawan tu takpe, ini lagi hancur ada la. contohnya, ada la barua yg citer masalah rumahtangga... PC ni pun kesian, simpati dlam masa yg sama bukan nak bagi nasihat positif... tapi lagi menjahanam ada.... agaknya dia fikir, kalau dah bercerai nanti lg senang nak peras barua ni kerja... dia x payah nak mintak izin suami dah....silap2 hb bleh jadi bini no.2 plak nanti.... Puih!!! pegi mampos la ko...

buat masa ni.... 4 variable ni je la yg dikaji.... mungkin ada kajian lain lepas ni.... kesimpulannya, 4 ciri ni pun dah cukup menggambarkan betapa tidak profesional nya seorang PC ni. sungguh memalukan... baik dilucutkan sahaja title "cemerlang" tu tadi.... sebagai penjawat awam yang diiktiraf kecemerlangannya.... sikap dan tindakan perlu wajar dan selaras dengan kehendak agama...bukan menggunakan perintah am dan pekeliling semata-mata untuk memuaskan nafsu mengejar pangkat dan dunia... dan janda orang...  pada aku, pengetua jenis mcm ni elok dikategorikan sebagai "penyetua".... sembelih kasi mampos je lagi baik dari merosakkan title "Pengetua Cemerlang" yang sangat berprestij ..... adios...